Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

19 Jun 2010

Akibat Ketirisan, Rasuah Malaysia Bankrap 2015?

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menjangkakan negara di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional(BN) akan berstatus bankrap menjelang tahun 2015 dan bukannya 2019 seperti mana yang unjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Menurut Azan jangkaan ini berdasarkan kepada beberapa faktor dan juga berlandaskan kepada laporan Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.
Walaupun Najib memberi jaminan bahawa nasib ekonomi Malaysia tidak akan menyamai Greece yang jatuh muflis baru-baru ini, Azan menyanggah sambil berkata terdapat beberapa persamaan dengan negara anggota Kesatuan Eropah itu yang memungkinan negara bankrap lebih awal daripada dijangkakan.
“Dalam keadaan sekarang, kerajaan cuba menyembunyikan beberapa statistik seperti kaedah kebocoran yang melampau, pengurusan yang tidak cekap, kadar rasuah yang parah, semuanya kombinasi ini akan menyebabkan terjerumusnya ekonomi kita pada kemungkinan kebankrapan yang lebih cepat dan drastik.

Jui Meng dakwa Umno dalang Johor tarik balik ‘Datuk’


PETALING JAYA, 19 Jun — Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng mengulangi bahawa Umno sebagai dalang di sebalik tindakan Istana Johor menarik balik pingat kebesaran yang membawa gelaran “Datuk”.

Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR Julai lalu menyifatkan ia sebagai tindakan intimidasi politik.

“Saya pasti sekarang Umno amat menyesal dengan perkiraan salah mereka mengintimidasi saya,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini.

Chua (gambar) berkata ini kerana dalam beberapa hari sahaja rakyat dari seluruh negara menyatakan sokongan moral bukan sahaja kepada beliau, juga kepada Pakatan Rakyat dalam isu terbaru ini.

Selain itu, Chua juga mendedahkan beliau telah diminta oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli supaya mengembalikan Pingat Sultan Ibrahim (PIS) yang tidak membawa sebarang gelaran.

“Apabila Datuk Rahim menelefon saya, saya mengingatkan beliau bahawa saya mempunyai pingat ketiga, Pingat Ibrahim Sultan. Beliau juga meminta saya memulangkan pingat itu,” kata beliau pada sidang media di sini.

Pada 11 Jun lalu, Rahim mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran “Datuk” terhadap Chua tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik.

Rahim berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah “melampaui politik.”

“Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu.

“Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini,” kata beliau.

Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895.

Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda.

Chua berkata meskipun tiada alasan diberikan berhubung tindakan Istana Johor, beliau akan mengembalikan ketiga-tiga pingat.

Chua juga mengesahkan beliau menerima surat makluman rasmi dilucutkan gelaran “Datuk” Selasa lalu.

Diminta mengulas lanjut mengenai pembabitan Umno, Chua berkata, perkara itu sangat jelas.“Tidak perlu tanya saya apa yang saya fikirkan, tanya rakyat, ia sangat ketara,” katanya.TMI

Wanita Disaran Solat Jumaat

BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.

"Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama," katanya.Hrkh

18 Jun 2010

Kamalanathan Berlagak Seperti Speaker

KUALA LUMPUR 18 Jun - Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (gambar)yang baru mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat bertindakmelebihi kuasa Speaker apabila tidak membenarkan ahli parlimen yang lain bangun untuk mencelah.

Dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Ke 10 petang semalam beliau dengan bongkak meminta Ahli Parlimen Kota Melaka supaya diam kerana beliau mahu meneruskan ucapannya tanpa diganggu.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee menegur tindakan Kamalanathan yang dianggap tidak bersifat parlimen itu.

"Yang Berhormat, tugas saya sebagai Speaker adalah untuk memberikan teguran atau laluan kepada ahli dewan yang lain untuk mencelah.

"Yang Berhormat sepatutnya tidak perlu berkata demikian kerana itu adalah tugas saya dan Yang Berhormat Hulu Selangor harus faham tugas saya.

"Saya tahu Yang Berhormat orang baru tapi kenalah ikut peraturan mesyuarat," kata Ronald semasa menegur Kamalanathan yang seperti tidak tahu mengenai undang-undang dan peraturan mesyuarat.

Dalam ucapan tersebut, beliau membaca teks yang disediakan tanpa memberikan laluan kepada mana-mana ahli parlimen lain untuk mencelah.

Kamalanathan yang baru dipilih dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah calon 'bidan terjun' BN selepas terdapat pertikaian berhubung calon kerusi tersebut.SK

Episod Baru Perbalahan Umno Terengganu

- Ketua Umno, JKKK DUN Alor Limbat Serah Memorandum Bantah ADUN

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah membuat kejutan terkini, yang dilihat sebagai

‘mencetuskan episod terbaru perbalahan Umno negeri Terengganu’.

Beliau mendedahkan ada pihak tertentu mendesaknya untuk meletakkan jawatan dan menjanjikan projek bernilai puluhan juta ringgit kepada sesiapa yang berjaya menjatuhkannya.

Menurutnya, susulan tawaran itu, wujud kumpulan melibatkan ketua-ketua cawangan Umno dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) melahirkan rasa tidak puas hati dan bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar.

Katanya, beliau telah maklum, memorandum tersebut adalah bertujuan mendesak agar beliau melepaskan jawatan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat

“Saya tahu (mengenainya) namun tidak gusar kerana sedar terdapat segelintir pemimpin cawangan yang gagal mentadbir cawangan mereka, cuba menutup kelemahan sendiri dengan menuding jari kepada wakil rakyat.

“Sepatutnya cawangan terletak di zon yang kalah harus memperkasakan cawangan masing-masing, tapi sebaliknya yang berlaku selain memberi alasan wakil rakyat tidak turun padang,” katanya ketika mengulas tindakan lebih 40 ketua cawangan dan JKKK DUN Alor Limbat yang bertindak menyerahkan memorandum kepada Dato’ Ahmad Said kelmarin.


Difahamkan, antara kandungan memorandum tersebut mendakwa Alias gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dalam kawasan terbabit.


Alias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang menafikan dakwaan Ketua Cawangan dan JKKK sebagaimana terkandung dalam memorandum tersebut.

Malah tegasnya, DUN Alor Limbat yang diwakilinya, tidak mempunyai masalah dan menganggap ia sengaja diada-adakan.

Lebih parah katanya, pihak tertentu kini telah menjadikan politik sebagai satu perniagaan bagi mengaut laba dan keuntungan peribadi.

Beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu ingin memastikan beliau jatuh, dan mana-mana calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Alor Limbat tidak meraih kemenangan.

Alias pada Sidang Dewan Udangan Negeri Disember tahun lalu telah membuat kejutan dengan menggelar, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said sebagai ‘penipu’(pelawak).

Beliau dengan lantang telah mengkritik pentadbiran Ahmad yang dikatakan sebagai pentadbiran ‘Ad-hoc’.

Antaranya, Alias telah memperli Ahmad yang belum melaksanakan janji-janji beliau dengan mengatakan “rumah tak nampak, kerana dikelilingi pokok sawit”.

Alias sebenarnya merujuk kepada janji Ahmad untuk memberikan benih kelapa sawit kepada penduduk kampung, bagi program tanam sawit keliling rumah.

Janji tersebut masih belum dilaksanakan oleh kerajaan Ahmad sampai hari ini.

Selain itu, Alias turut mengkritik tindakan Ahmad yang melaksanakan projek-projek tanpa tender terbuka, khsususnya projek pembangunan pulau-pulau di Tasik Kenyir yang bernilai RM300 juta.

“Inilah senario sebenar politik di Terengganu namun saya kena matang dalam berpolitik dan lebih senang menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai wakil rakyat,” kata Alias sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Kemuncak episod perbalahan pemimpin Umno Terengganu tahun 2009 adalah kes ‘SMS Ugut Bunuh’ yang berlaku pada April tahun lalu.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah apabila beliau dituduh melakukan ugutan tersebut.


Ekoran peristiwa itu, ADUN Umno yang dikenali sebagai ‘kumpulan 10 budak hitam’ membuat bantahan besar-besaran dan memulaukan Sidang DUN Terengganu.

Pada waktu yang sama, Alias telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, menyenaraikan 10 perkara mengapa Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said perlu meletakkan jawatan.

Berita Berkaitan;

Apa kandungan SMS mendesak MB Letak Jawatan

10 ADUN ‘Telanjangkan Ahmad Said’ Dedah Kelemahan MB Terengganu

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Hantar SMS Ugut Bunuh – ADUN BN

Kes SMS Ugut Bunuh - Bekas SU Politik Idris Jusoh Di cari Polis

Tian Chua hadapi risiko lucut kerusi, hakim ‘kekal’ keputusan

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Nasib Ahli Parlimen Batu dari PKR Tian Chua kini terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat untuk ditentukan - mirip kes yang pernah disaksikan di Parlimen empat dekad yang lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha kekal dengan keputusannya semalam — mengenakan denda ke atas wakil rakyat penggal pertama itu RM2,000 — had penalti yang memadai untuk mengisytiharkan beliau sudah hilang kerusi yang dimenangi Mac 2008.

“Kami dimaklumkan oleh hakim menerusi timbalan pendaftar bahawa alasan (penghakiman) adalah jelas dan tidak memerlukan penjelasan (susulan),” kata peguam Tian Chua, Amer Hamzah Arshad kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Peguam-peguam Tian Chua cuba menemui hakim pagi ini berhubung keputusan petang semalam.

Hakim mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 selepas mendengar rayuannya.TMI

Hanya Umno Parti Melayu ???



Sedutan Ucapan Dr. Mahathir dalam program Melayu Bangkit

Video : Soalan Bodoh,Anwar Arah Wartawan RTM 'Shut Up'



ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

17 Jun 2010

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Bebas Tuduhan Rasuah

TEMERLOH, 17 Jun — Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah selepas pendakwa raya enggan meneruskan kes kerana saksi-saksi “enggan memberi kerjasama”. Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mengenakan tuduhan beri keterangan palsu ke atas tiga saksi utama kes berkenaan.

Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya, Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya pada pemilihan lalu.

Selain itu Norza juga menghadapi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Jan 2009 di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh di sini.

Norza diwakili Datuk Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Sazili Abdul Khairi.TMI

16 Jun 2010

Bukan RM20Juta sebabnya.. Ini Kisahnya Kenapa Keshvinder Singh melompat..

Oleh Anak Sungai Derhaka
Rupa – rupanya ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5 dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti..

Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.

Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.

Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.
Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah mendakwa sebaliknya.
Menurut ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga minggu yang lalu.

15 Jun 2010

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:


1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.


3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.


6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.



7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.


8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.


9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Petikan Dari Harakah Daily

Video : Jenazah Ust Hassan Shukri Selamat Di Kebunikan






TAKZIAH... Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (empat, kiri) bersama kepimpinan tertinggi PAS menunaikan solat jenazah bekas Timbalan Presiden PAS Hassan Shukri yang diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Jenazah bekas Timbalan Presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur (Taman Selasih 2), Gombak dekat sini kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di pekarangan Dewan Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira pukul 2 petang semalam dipercayai akibat sakit jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri Hamidah Abdul Mutalib dan lima anak perempuan serta seorang lelaki. — Bernama

13 Jun 2010

Umno di Taja Oleh British Untuk Melawan Islam - Presiden PAS


KOTA BHARU – Parti Islam SeMalaysia adalah salah satu mata rantai perjuangan Islam yang dimulakan dengan perjuangan paling awal ketika Nabi Adam AS menghadapi Iblis.

Perjuangan menegakkan Islam sebagaimana perjuangan para nabi, bukan hanya menjadi imam sembahyang, bahkan menjadi imam politik.


Setelah tumbangnnya khilafah Othmaniyah pa da tahun 1924, perjuangan Islam disambung dengan gerakan Tajdid dan Islah dengan penubuhan parti-parti Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS ke 56, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) disini semalam.

Menurutnya, pada tahun 1908 ditubuhkan Parti Syarikat Islm di Indonesia untuk menentang Syarikat Hindia British dan Belanda.

Kemudian, katanya, cawangan Syarikat Islam telah ditubuhkan pada tahun 1924, di Beserah, Pahang, sebelum ianya diharamkan oleh British.

”(Selepas itu pada) tahun 1940an, ditubuhkan Hizbul Muslimin, diharamkan oleh oleh penjajah British (dan pada) tahun 1951 ditubuhkan (Parti Islam SeMalaysia) PAS,”katanya ketika menerangkan susur galur, sejarah perjuangan Islam di Malaysia.

Beliau berkata, pejuangan Islam di Tanah Melayu telah wujud lebih dulu daripada Umno yang sebnarnya ditubuhkan oleh British untuk melawan Islam.

”Perjuangan Islan di Tanah Melayu (lebih) dulu dari perjuangan Umno, (dan) Umno ditaja oleh British untuk melawan perjuangan Islam,

”perjuangan Islam tidak mati, tokoh-tokong besar, bkan sahaja dikalangan ulamk, termasuk dikalangan professional, yang menghidupkan perjuangan PAS,”ujarnya.

Dikalangan ulamak, katanya, adalah Tuan Guru Haji Ahmad Fuad, Tuan Guru Tuan Haji Ahmad Tuan Husin, manakala professional terdiri daripada Dr. Buhanuddin al-Helmi, Dr Haji Abas Alias, Profesor Ungku Omar, Profesor Ahmad Ibrahim, Aminuddin Baki dan lain-lain.

Katanya, PAS adalah penyambung perjuangan tersebut pada hari ini.

Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut adalah tokoh-tokoh parti Islam dan Kerjaan Islam antarabangsa dari Filipina, Malidives dan Palestin.BO

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.