Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

20 Feb 2010

YDP & Ketua Pemuda PAS Besut Menziarahi Mangsa Kebakaran

Mangsa sedang menceritakan saat2 kebakaran berlaku kepada YDP Pas Kaw. Besut,Ust W. Azhar
Sumbangan awal dari Pemuda Besut di sampaikan Ketuanya Ust Zulkifli Kadir
Keadaan rumah mangsa yang hangus keseluruhannya

Sebentar tadi YDP Pas Kawasan Besut Ust W. Azhar di iringi Ketua Pemuda Besut Ust Zulkifli Kadir telah menziarahi mangsa kebakaran di Kg Gong Bayor,turut serta AJK Pemuda Besut Saudara W. Anuar.Beliau bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat dari Ust Zulkifli.Selain bertanya khabar dan meluahkan rasa simpati sedikit sumbangan awal di berikan kepada mangsa.Di fahamkan kebakaran yang bermula jam 9.00 mlm itu akibat dari litar pintas.Mangsa dan keluarga yang tingggal sehelai sepinggang kini menumpang di rumah saudara mara.
Satu lagi lawatan susulan oleh Pas Kawasan Besut akan di adakan pada pagi esok bagi mengenal pasti segala kerugian dan Pas Kaw. Besut akan berusaha sedaya upaya membantu sekadar yang termampu.

Majlis Pelancaran Tabung Dana Fi Sabilillah Pas Kawasan Besut

Majlis di pengerusikan Ketua Penerangan Pas Kaw. Besut,Ust W. Shukri W. Isa
Ucapan alu aluan oleh Tim. YDP Pas Kaw. Besut Hj Hassan Salleh
Wakil Badan Perhubungan Pas Terengganu merangkap Penolong S/U nya Ust Kamaruzzaman Yunus
Pelancaran oleh Bendahari Pas Terengganu Hj Muhyiddin Abd Rasyid
Turut hadir YDP Pas Kaw. Besut,Ust W. Azhar W. Ahmad(3 dari kiri)
Hj Muhyiddin menyerahkan Tabung Derma kepada wakil Dun Kuala Besut sebagai simbolik Pelancaran Tabung Dana Fi Sabilillah peringkat Kaw. Besut
Sebahagian dari wakil Cawangan yang hadir

Pada hari ini Pas Kawasan Besut telah mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Dana Fi Sabilillah peringkat Kaw. Besut.Majlis yang di lancarkan Bendahari Pas Terengganu itu antara lain bertujuan mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya akan datang.Menurut Muhyiddin dalam ucapan pelancarannya,setiap Cawangan di kehendaki menabung RM 0.50 sehari ke dalam tabung yang di sediakan Pas Kawasan.Setiap Cawangan di agihkan sebanyak 10 tabung dan tabung tersebut akan di buka 4 bulan sekali sehingga ke tarikh Pilihanraya.Hasil yang terkumpul akan di serahkan kepada Cawangan terbabit apabila tiba Pilihanraya yang akan datang.
Menurutnya lagi Perhubungan negeri tidak mengambil duit tersebut dan hanya membantu merangka pelan bagi mengumpul dana Pilihanraya untuk di gunakan di peringkat Kawasan dan Dun dan Cawangan.

Patahiyah Catat Sejarah Wanita Pertama Ketuai Majlis Perbandaran - Lim Guan Eng



Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua majlis itu berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan Yang Dipertua majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

“Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai Yang Dipertua MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan,” katanya kepada pemberita di sini.

Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.

Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.

Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985. — Bernama

Larangan masuk pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang arahan pentadbiran biasa


Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini menjelaskan arahan melarang semua pelawat dan pegawai selain kakitangan pejabat itu daripada memasuki ruang Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28, Komtar di sini adalah peraturan pentadbiran biasa.

Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob berkata arahan itu bukan bermaksud tidak membenarkan pelawat datang ke pejabat Ketua Menteri sebaliknya ia bagi memastikan orang ramai tidak sesuka hati memasuki ruang pejabat itu.

“Jika dia (pelawat) nak jumpa pegawai tertentu contohnya nak jumpa saya, saya boleh bawa dia masuk ke ruang pejabat. Itu tidak ada masalah.

“Cuma kadang-kadang pelawat yang datang tak buat temu janji. Kita tak tahu apa urusan dan kita tak boleh benarkan orang sesuka hati keluar masuk pejabat Ketua Menteri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa tingkat 28 dan beberapa tingkat yang lain di Komtar diwartakan sebagai zon larangan dan pelawat perlu mendapatkan pas pelawat daripada pengawal di tingkat tiga untuk pergi ke tingkat-tingkat berkenaan.

“Bukan bermaksud zon larangan itu kita tak bagi orang naik. Orang boleh naik dengan kebenaran iaitu setelah mendapatkan pas daripada pengawal di tingkat 3 dan selepas itu bolehlah pelawat itu naik ke tingkat 28 dan jumpa pegawai yang beliau ingin jumpa,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang melarang semua pelawat dan pegawai selain kakitangannya daripada memasuki ruang pejabatnya di tingkat 28.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata arahan yang dikeluarkan dalam satu memo bertarikh 28 Jan lepas itu menyukarkan orang ramai untuk membuat urusan secara terus di Pejabat Ketua Menteri. — Bernama

Manohara Dah Ada Kekasih Baru?


GAMBAR menunjukkan detik mesra Manohara bersama lelaki yang dikenali sebagai Amil.

JAKARTA - Beberapa buah akhbar dan blog di Indonesia membuat spekulasi Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra sudah mempunyai kekasih baru selepas tersebarnya dua gambar yang menunjukkan dia mencium pipi seorang lelaki.

Menurut akhbar Detikcom terdapat lima keping gambar yang menunjukkan Manohara berada di sisi seorang lelaki yang berambut pendek.

Dua gambar menunjukkan bekas model yang berumur 17 tahun itu mencium pipi lelaki misteri itu.

SUMBER

Utusan Malaysia putar belit Lagi Kenyataan Presiden PAS




Tidak cukup dengan memutar belit Kenyataan Presiden PAS dua hari yang lalu. Hari ini sekali lagi Utusan Malaysia meneruskan kerja jahat yang sama.

Dengan tajuk Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas merasmikan Perhimpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Ibai, jelas untuk terus melagakan pimpinan PAS itu dengan kompenan Pakatan Rakyat yang lain.

Keratan Akhbar Online.trgkini.blogspot.com/

19 Feb 2010

Inkues Beng Hock Prosiding Ditangguh 1 Mac


Pendengaran Inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum tertangguh Januari lalu, kembali hari ini.

Inkues itu ditubuh berikutan desakan pimpinan Pakatan Rakyat selepas kematian mencurigakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah itu, apatah lagi pihak berkepentingan mendakwa Beng Hock membunuh diri sehari sebelum pertunangannya.

Prosiding inkues itu bertambah hangat apabila pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand secara 80 peratus percaya kematian Beng Hock akibat dibunuh.

Berikutan itu, bedah siasat kedua dijalankan tapi laporannya belum diumum tetapi artikel akhbar Suara Keadilan dengan memetik sumber, mendedahkan Beng Hock memang dibunuh.

9.30 am: Mahkamah hari ini sepatutnya memperolehi autopsi kedua dari bedahsiasat ke atas mayat mendiang Teoh.

9.35 am: Ketibaan ibu abang dn kakak Teoh.

9.40 am: Mahkamah telah penuh sesak dengan wartawan dan polis. Keluraga Teoh sedang menunggu untuk inkus disambung semula.

10.00 am: Koroner muncul dan memulakan inkues

10.15 am: Ahli Pathologi dari Sg Buloh Dr Shahidan Md Noor dipanggil untuk memberikan keterangan.

10.20 am: Dr Shahidan memberitahu inkues yng beliau telah menjalankan 1,200 autopsi di dalam kerjayanya.

10.25 am: Pada awalnya dia agak keberatan untuk menjalankan autopsi ke atas mayat Teoh apabila dia ditemui pada Nov 6.

10.30 am: Dr Shahidan beritahu pegawai Kerajaan Selangor Tricer Tricia Yeoh, untuk membuat permohonan rasmi kepada Kementerian Kesihatan.

10.40 am: Gobind Sing Deo baru sampai selepas menyelesaikan satu kes lain.

10.42 am: Dr Shahidan menyatakan bedahsiasat luaran ke atas mayat mendiang Teoh dilakukan pad 12.45pm dan kondisi badannya di dalam keadaan baik kerana ia telah diawetkan.

10.44 am: Dr Shahidan menerangkan kepada Koroner gambar-gambar yang diambil semasa autopsi.

10.50 am: Hadirin berdiri untuk melihat gambar autopsi dengan lebih jelas sewaktu Dr. Shahidan menunjukkannya di dalam mahkamah.

10.57 am: Penemuan melalui siasatan luaran mendapati terdapat kecederaan pada lidah dan krongkong sebelah dalam si mati, kata Dr Shahidan.

11.01 am: Dr Shahidan berkata tengkorak sebelah atas mayat retak.

11.02 am: Dr Shahidan menambah tulang-tulang di kawasan punggung si mati juga patah.

11.12 am: Dr Shahidan menunjukkan kepada koroner X-ray dri tulang dan bone & rawan thyroid kepunyaan Teoh.

11.25 am: Kecederaan termasuklah kecacatan yang terdapat pada tangan dan kaki kerana tulng-tulang humerus, femur & fibia yang patah.

11.35 am: Dr Shahidan merumuskan kematian Teoh disebabkan terjatuh dari tempat tinggi, kecederaan yang diamalami adalah hasil dari kejatuhan itu.

11.38 am: Autopsi pertama dijalankan dengan betul dan beliau bersetuju dengan hasil penemuan itu.

11.40 am: Dr Shahidan mempertikaikan testimoni Dr Pornthip Rojanasunand terhadap kecederaan Teoh pada punggung, menyatakan ia konsisten dengan kejatuhan yang kuat.

11.50 am: Dr Shahidan tidak bersetuju dengan teori Dr Pornthip kesan calar pada leher Teoh adalah disebabkan pergelutan.

11.55 am: Dr Shahidan menyatakan kesan calar berkenaan adalah disebabkan kejatuhan, tiada bukti asphyxia. Sukar untuk ditentukan di dalam kes-kes sebegini, tambah beliau.

11.59 am: Dr Shahidan berkata kesan calar terdapat di kiri kanan leher tetapi tiada kesan di rawan thyroid.

12.03 am: Dr Shahidan menambah kecederaan adalah bukn disebabkan pergelutan.

12.05 am: Inkues ditangguh pada 1 Mac 2009

12.08 am: Peguam Teoh, Gobind menyatakan beliau perlu masa untuk menyemak testimoni Dr Shahidan terutama pendapatnya mengenai laporan Dr Pornthip.

TAMAT KEMASKINI SUMBER

Pemuda PAS Pusat jumpa Lim Guan Eng

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa memilih bulu, tidak sepertimana Umno dan Barisan Nasional (BN) dulunya. Sebab saya bukan cauvanis, diktator atau ekstrem terhadap orang Melayu terutamanya Islam," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan demikian semasa menerima kunjungan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan rombongan di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, kebanyakan isu yang timbul kerana fitnah dari media elektronik mahupun cetak yang pro BN kerana mereka tidak senang melihat kemajuan yang dicapaikan oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu.

Beliau juga berjanji akan memastikan kedudukan Melayu dan Islam dijaga di negeri ini di mana pada tahun ini sahaja, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri memperuntukkan RM24.3 juta kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang berbanding tahun 2009 iaitu RM20.5 juta.

Katanya, bantuan tersebut lebih besar berbanding era pemerintahan BN hanya RM12.5 juta.

"Peruntukan kali ini meliputi bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah ditarik balik perkapitanya oleh Kerajaan BN dulu. Pemberian itu menandakan Pakatan Rakyat di sini tidak mengamalkan double standard sepertimana yang disangkakan," jelas beliau.

Pemimpin Umno dan BN sengaja mencipta berbagai agenda untuk mendesaknya yang kononnya semakin lemah dan akhirnya tumbang sebagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Nik Aziz: Mengapa Umno sibuk pertikai sambutan Maulidur Rasul

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendakwa kerajaan negeri itu seolah-olah terpengaruh dengan langkah Pulau Pinang dengan tidak mahu mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan berganjak dengan pendirian kerajaan negeri dalam soal itu walaupun terus menerima kritikan atau kecaman.

Malah beliau juga mempersoalkan sebab Umno hanya mahu menimbulkan perkara tersebut selepas 20 tahun beliau memimpin kerajaan negeri Kelantan.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian berkata pendirian kerajaan negeri seolah-olah menunjukkan mereka sudah terpengaruh dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.

“Pemuda Umno melihat sejak akhir-akhir ini wujud senario baru dalam kepimpinan kerajaan PAS Kelantan. Maksudnya, dalam segenap tindak tanduknya seolah-olah mengikut telunjuk dan jejak langkah Lim Guan Eng.

“Termasuklah membenarkan kalimah Allah dan bacaan ayat suci al-Quran dipergunakan oleh orang bukan Islam,” katanya sewaktu dihubungi.

Beliau menambah prinsip kerajaan Kelantan itu boleh memberi kesan buruk kepada umat Islam dalam usaha penerapan kefahaman peri pentingnya seluruh ummah mengamalkan sunah Rasul.

Sehubungan itu Anuar mempersoalkan keutamaan antara sambutan Maulidur Rasul dan sambutan bulan sembahyang, bulan hudud atau hari peristiwa Memali yang dilaksanakan secara eksklusif pada setiap tahun.

“Sekiranya hari-hari itu boleh disambut dengan menggunakan belanja serta peruntukan yang besar, kenapa tidak lakukan perkara yang sama kepada sambutan Maulidur Rasul sebagai acara simbolik bagi mendekatkan maknawi rakyat kepada Rasul?

“Bukankah hikmat sambutan hari Maulidur Rasul boleh mendekatkan jiwa umat Islam terhadap junjungan besar nabi Muhamad SAW?

“Mungkin tidak silap kalau ada tanggapan mengatakan PAS memperkecil-kecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana terikut rentak dan kemahuan DAP di samping ingin meraih sokongan bukan Melayu sahaja," ujarnya.

Sambutan Maulidur Rasul menjadi isu, malah sekali gus menjadi bahan perang pemimpin politik setelah Lim selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dilapor akan membatalkan upacara perarakan pada sambutan berkenaan.

Sehubungan itu Nik Aziz membidas segelintir masyarakat termasuk Umno yang sibuk mempertikaikan isu sambutan Maulidur Rasul yang disifatkannya sebagai isu remeh.

“Kenapa nak sibuk sangat dengan isu remeh ini. Lebih 20 tahun saya pegang Kelantan, tidak pernah berarak pun.

“Kita kena ingat, maulid ini disambut hanya selepas 300 tahun baginda wafat.

“Ini lah masalah kita orang Melayu kalau terima Islam bukan dengan cara belajar dan mentelaah, tetapi terima dengan tradisi. Yang belajar pun kadang-kadang belajar lain buat lain,” katanya.

Sambil mengaku pendekatan kerajaan negeri yang hanya mengambil kesempatan sempena bulan Maulidur Rasul dengan mengadakan ceramah dan kuliah-kuliah Islam khusus mengenai topik berkaitan adalah memang berbeza dengan negeri-negeri lain.

Kata beliau, hakikat afdalnya sambutan atau mengingati Maulidur Rasul bukan sekali setahun bahkan sebaliknya, setiap hari dan sepanjang masa.

“Kita sambut maulid ini kerana hendak mengingati hari kelahiran Nabi. Hakikat ingat ke Nabi ini tak boleh sekali setahun begitu, sepanjang masa kita mesti ingat. Ini sebenar-benar pelaksanaan Maulud Nabi.

“Sebab itu dasar PAS Membangun Bersama Islam sentiasa teliti terhadap segala pelaksanaannya dalam segenap aspek termasuk mengambil kira halal haram, syurga neraka dan dosa pahala,” jelasnya.

Mengulas lanjut dakwaan kononnya isu tersebut sengaja dipolitikkan ekoran konflik sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, Nik Aziz menafi meniru kerajaan DAP di Pulau Pinang sebaliknya mendakwa “kerajaan Pulau Pinang yang meniru Kelantan."

“Saya dah katakan, 20 tahun saya pegang Kelantan, tak pernah pun berarak. Lim Guan Eng baru saja. Mana Kelantan tiru dia (Pulau Pinang),” ujarnya.

Bekas Timbalan Menteri Keluar BN, Sokong Pakatan



Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di Tamparuli.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihanraya umum ke-13.

Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin-pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan nampaknya tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para wakil rakyat dari Sabah dan pihak kerajaan negeri Sabah sendiri.

“Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama yang diadakan tahun lalu, di mana mereka bersetuju menyemak semula kepentingan negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak, seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.

“Perkara dan agenda ini hanya akan dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin (Pati), perkara ini yang telah berlarutan sekian lama tidak akan dapat diatasi oleh pemerintahan kerajaan BN,” tambah beliau.

“Pakatan Rakyat pada konvensyen tersebut mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri,” tambah beliau

Menjawab satu soalan, Kalakau bagaimanapun berkata beliau belum menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Kalakau, yang juga merupakan presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda), juga pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Dis 2005.

Malaysian government persecution of Anwar Ibrahim - World News Australia


MichaelDanby's Channel

Michael Danby & Anwar Ibrahim in Melbourne last December

> Michael Danby MHR

Laksana hukum sebat cara Islam



Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, pelaksanaan hukuman sebat belum memenuhi kehendak Islam sepenuhnya kerana dilakukan secara tertutup, buka secara terbuka seperti yang dianjurkan dalam Islam.

"Hukuman sebat mesti dilakukan secara terbuka, bukan tertutup dalam penjara. Kita kena ingat, tujuan dilakukan secara terbuka adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan yang sama," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berwajib agar melaksanakan hukuman sebat seperti yang dituntut dalam Islam, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Hishammuddin dilaporkan sebagai berkata, tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Hishammuddin juga berkata, seorang daripada tiga pesalah wanita berkenaan telah dibebaskan pada Ahad lepas, pesalah kedua akan dibebaskan dalam tempoh beberapa hari lagi dan pesalah ketiga dibebaskan pada Jun nanti.

Menurutnya, wakil dari kementeriannya turut hadir semasa pelaksanaan hukuman dibuat bersama 13 orang lagi antaranya Pengarah Jabatan Agama Wilayah, Pegawai Jabatan Agama Wilayah dan wakil dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara serta wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya nak ingatkan menteri yang berkenaan, jangan ingat bila sudah laksanakan hukuman sebat, sudah cukup segala-galanya. Kerajaan kena kaji semula hukuman sebat yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. belajar daripada awal," kata Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau juga berkata, tindakan Hishamuddin mendedahkan mengenai hukuman yang dijalankan terhadap tiga wanita itu hanya sekadar untuk menutup mulut rakyat daripada terus mempersoalkan isu Kartika.

"Saya nampak cara menteri memberitahu rakyat mengenai hukuman yang dilaksanakan itu seperti hanya meraikan pandangan orang sahaja dan ingin menutup mulut rakyat daripada terus bercakap isu sebat ini.

"Saya minta menteri laksanakan hukuman sebat ini kerana Allah, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga," katanya.

Beliau juga mempersoal sikap kerajaan melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat ke atas bekas model sambilan yang didapati bersalah kerana minum arak, Kartika Sari Dewi Shukarno, 33.

Nuridah hairan dengan sikap kerajaan yang dilihat seolah-olah sengaja membiarkan Kartika ternanti-nanti untuk menerima hukuman sebat itu walaupun beliau sudah menyatakan kesediaan untuk menerima hukuman itu sejak dari awal lagi.

"Tiga orang yang dihukum itu, biarlah dihukum. Tapi yang saya persoalkan kenapa kes Kartika belum selesai lagi? Apa masalah kerajaan sebenarnya sehinggakan Kartika perlu menunggu begitu lama untuk menerima hukuman itu?" soal Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Sementara itu, Kartika sendiri, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam,berasa pelik pelik mendapat tahu tiga wanita telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu kerana melakukan kesalahan syariah tersebut.

Menurut ibu tunggal kepada dua anak ini, apa yang berlaku seolah-olah 'mempermain-mainkan' perasaannya selama ini.

Kartika sebelum ini telah membuat permohonan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang (Jaip) untuk campur tangan bagi mempercepatkan hukuman terhadapnya memandangkan ianya masih tertangguh sehingga kini.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman bagaimanapun dilaporkan sebagai berkata, pihaknya masih menunggu reaksi daripada Tengku Abdullah selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebelum boleh mengambil sebarang tindakan susulan.

18 Feb 2010

Setpol menteri dilepas dengan jaminan RM50,000


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa seorang setiausaha politik (Setpol) kepada seorang menteri yang telah ditahan reman selama lima hari mulai 12 Februari lalu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin pada 14 Februari setelah percakapannya diambil.

SPRM juga mengesahkan suspek telah ditahan pada 11 Februari lalu di Pulau Pinang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

SPRM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini menyebut, turut disita bagi membantu siasatan ialah sebuah kenderaan dan sejumlah wang.

Big Mama dalangi kes Liwat???

Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang kali ini.

“Sebagaimana saya katakan, adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata beliau di mahkamah hari ini.

Anwar menyambut dakwaan Karpal itu dari kandang tertuduh dengan berkata “konspirasi, pembohongan besar.”


Lucut hakim: Mahkamah tolak permohonan Anwar

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah (gambar) menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat beliau atas alasan bias.

Ia diumumkan kira-kira 9.30 pagi ini.

Justeru mahkamah dijangka meneruskan prosiding dengan sesi soal balas terhadap saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Minggu lalu Anwar memohon agar Hakim Mohd Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah dalam permintaan mereka agar mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia.

Peguam utamanya, Karpal membuat permohonan itu berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula 3 Feb lalu selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.

17 Feb 2010

Tiga Pakar Forensik, DNA Bantu Pembelaan Anwar


Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik seorang pakar DNA dan dua pakar forensik untuk membantu mencabar kesahihan bukti-bukti yang akan dibawa masuk oleh pendakwaraya.

Tiga pakar berkenaan ialah pakar DNA, Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia, pakar forensik, Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan Dr. David Wells dari Melbourne Australia.

Peguam, Sankara Nair berkata, ketiga-tiga pakar itu akan hadir mengikuti perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai esok.

“Mereka pakar dalam bidang masing-masing, mereka akan datang dan membantu kami bila bukti dikemukakan terhadap DNA dan forensik, yang kita yakin ia akan dikemukakan.

"Mereka kan menasihati kami mengenai pembelaan dan juga kemudian bila pembelaan dipanggil kami akan mengemukakan bukti dari pihak kami, untuk membuktikan kes kami bahawa tiada perkara seperti itu (liwat),”katanya.

Dr Mc Donald adalah seorang ahli patologi dari Universiti Western Australia dan pengarah DNA Consults.

Dr Damodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik di samping 36 tahun pengalaman dalam bio-kimia, toksilogi dan forensik.

Dr Wells pula adalah ketua bahagian Perubatan Klinikal Forensik, Institut Perubatan Forensik Victoria. -TVS

Qazaf Anwar ditangguh 10 Mac


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur terpaksa menunda perbicaraan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan kepada 10 Mac, berikutan kelewatan kerajaan Umno-BN menfailkan afidavit balas walaupun diberi dua minggu berbuat demikian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kelewatan itu disengajakan untuk melengah-lengahkan usaha beliau mendapatkaan keadilan mengikut hukum syarak.

Beliau sekali lagi menekankan keperluan Mahkamah Syariah memastikan proses perundangan Islam tidak dicemari dengan campurtangan parti pemerintah atau institusi yang dikawalnya.

Menteri Hal-ehwal Islam Datuk Jamil Khir Baharom dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum ini memohon membatalkan permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mendakwa Saiful di bawah undang-undangg qazaf.

Hakim Mohd Shukor Sabudin memberikan tempoh dua minggu untuk Jamil dan JAWI menfailkan afidavit bagi menyokong permohonan mereka itu dan menetapkan hari ini untuk mendengar hujah.

Namun kes berkenaan tidak dapat berjalan kerana peguam Jamil dan JAWI gagal mengemukakan afidavit.

“Saya tengok hakim masih memberi ruang walaupun pendakwa ambil sambil lewa, bagi arahan suruh jawap dua minggu, kalau macam ini prestasi, ada baik juga kerana saya terlibat dulu dalam mengangkat mahkamah syariah sekarang saya sendiri melihat prestasi" ujar Anwar.

Saiful mendakwa kononnya beliau diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu pada Jun 2008.

Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mensabitkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Justeru Saiful perlu menghadapi perbicaraan qazaf bagi membela dakwaannya itu dari sudut Islam.

Anwar mendakwa Saiful diperalatkan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang disahkan menemui Saiful beberapa hari sebelum beliau membuat dakwaan itu pada Ogos tahun 2008.

Ketua pembangkang ini terkilan dengan cubaan terbuka Jamil dan Jawi untuk menghalang usaha perbicaraan qazaf terhadap Saiful seperti mana yang di tuntut oleh Islam.

Pertama agak aneh bagi Mahkamah Syariah atas tuntutan Menteri Agama atas arahan Umno untuk meminta Mahkamah Syariah tidak membicarakan isu qazaf ini kononnnya di luar bukan bidang kuasa dan dalam kes lain-lain dipertahankan di bidang kuasa mahkamah syariah.

“Sekarang kita yang mahu memperkukuhkan Mahkamah Syariah, menteri Ugama Umno ini minta bidang kuasa mahkamah syariah disempitkan" katanya lagi.

Kerajaan umno-Bn dilihat bertindak demikian kerana khuatir kredibiliti Saiful akan musnah sama sekali jika terbukti beliau membuat tuduhan palsu ke atas Anwar di Mahkamah Syariah.

Jamil memberitahu parlimen kononnya proses perundangan Islam hanya boleh dijalankan selepas perbicaraan kes sivil Anwar di Mahkamah Tinggi di mana Saiful menjadi saksi utama, sudah selesai.

Alasan itu ditolak oleh pakar-pakar perundangan sebagai cetek kerana pertuduhan qazaf adalah mengikut undang-undang Islam dan bebas daripada sistem undang-undang sivil.

“Saya harap Mahkamah Syariah ini dibersihkan dari unsur begini, menyekat bidang kuasa dan juga penglibatan orang yang terlibat dari segi taktik kotor atas mahkamah, kita kena jaga maruah baik Jabatan Agama, mahkamah syariah daripada dicemari orang-orang sebegini".

Tok Guru Hj Hadi selamat mangsa lemas



Klip Video Tok Guru Selamatkan Mangsa Lemas
- trgkini


Pada 14.2.2010 Jam 5.30 Petang. Di Pantai Belubor, Rusila, Marang, Trg.


Tahniah Tuan Guru Presiden telah berjaya menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Rusila, Marang pada 14 Feb 2010 di. Kejadian berlaku ketika Tuan Guru sedang berehat bersama keluarganya di tepi pantai tersebut.

Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.

16 Feb 2010

Syukur, Ada Juga Melayu Kaya

Oleh : Zolkharnain Abidin



Mokhzani Mahathir, Syed Mokhtar al-Bukhari, Azman Hashim dan Nazir Razak dikatakan antara orang paling kaya di Malaysia masa kini. Harta mereka dihitung bilion. Mereka orang Melayu.

“Wahai orang Melayu semua, adakah kalian tidak rasa bangga? Bangsa kita ada yang kaya. Bukan saja kaya, tapi kaya-raya. Bukan jutawan tetapi bilionwan. Ayuh… mari kita berbangga.”

Pak At Lat Seribu, Din Jejawi Dalam, Kak Piah Batas Keretapi, Som Bawah Bukit tentu boleh berbangga. Ada juga orang Melayu yang kaya-raya. Ingatkan semua orang Melayu sama saja. Merempat, melanuih, makan ikan kering, sayur kangkung dan taugeh lembik.

Rupanya ada juga orang Melayu yang pandu Porsche. Sarapan pagi di KL dan makan tengahari di Manila. Isteri bawa beg tangan kulit buaya ratusan ribu. Anak pakai baju T ribuan ringgit sehelai. Pasu bunga di atas anak tangga ke tingkat empat rumah bernilai ribuan ringgit.

Tak apalah, sekurang-kurannya Pak At, Din, Kak Piah dan Som boleh tumpang bangga. Bukan orang Cina saja yang kaya, orang Melayu pun ada juga.

Orang nak kata apa pun kerana mereka kaya, terpulanglah. Yang penting kaya. Orang nak kata kroni, daddy kasi, atau apa saja katalah. Apa yang penting mereka orang Melayu. Bukan Melayu saja, Melayu kaya.

Bukankah lebih baik kaya daripada miskin? Daripada orang Cina kaya baik orang Melayu kaya. Buat apa dipersoalkan macam mana mereka kaya. Yang penting mereka Melayu kaya-raya. Itu sangat penting. Kesampingkan saja semua yang lain.

Buat apa kita iri hati sesama Melayu. Biarlah mereka kaya macam mana pun. Mereka bangsa kita juga, kulit sawo matang macam kita juga, warga Malaysia juga. Baguslah mereka kaya.

Kita boleh tumpang bangga, tumpang gembira. Bukankan lebih baik mereka kaya daripada orang Cina kaya?

Kalau orang Cina kaya, apa orang Melayu boleh dapat? Jangankan nak dapat apa-apa, nak tumpang bangga pun tidak boleh. Mereka bukan sebangsa dengan kita.

Kalau orang Melayu kaya, sekurang-kurangnya kita boleh tumpang bangga. Ya, bangga.

“Aku bangga sebab bangsa aku ada yang kaya. Bangsa aku bukan lekeh sangat, bukan cabok sangat, bukan bangsat sangat, bukan bodoh sangat, bukan merempat sangat. Buktinya, tengok beberapa kerat bangsaku adalah orang kaya. Bukan kaya tapi kaya-raya. Aku bangga….”

Tiba-tiba Pak At, Din, Kak Piah dan Som teringat nak garu kepala. Nak bangga apa. Mereka kaya pun aku tak dapat apa juga.

Baru Pak At teringat, tayar basikal anaknya yang pecah belum ditukar. Din baru teringat, ubat nyamuk lingkar sudah habis. Kak Piah baru teringat, ikan bilis nak buat nasi lemak untuk diletak di kedai Pak Leh tak beli lagi. Baru Som teringat, baju sekolah anaknya koyak kangkang dan belum dijahit.

RM2 juta: Panggil menteri bantu siasatan

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk membantu siasatan berhubung pemilikan RM2 juta oleh setiausaha politiknya, Hasbie Satar.

“Kalau seorang Setpol (setiausaha politik) boleh memiliki wang sebanyak itu, bosnya (menteri) takkan mempunyai wang sedikit dari itu,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Menurut beliau, tindakan Hasbie meletak jawatan sebagaimana dilaporkan kelmarin bukanlah jalan penyelesaian.

Sebaliknya, beliau mendakwa perletakkan jawatan tersebut demi memelihara imej seorang pemimpin Umno yang juga Menteri di JPM daripada dipertikai oleh rakyat.

Kelmarin, Hasbi dilaporkan meletak jawatan berdasarkan suatu kenyataan ringkas dalam satu perenggan yang dihantar oleh Hasbie kepada JPM.

Difahamkan perletakan jawatan itu ekoran beliau gagal menjelaskan sumber perolehan RM2 juta yang ada bersama-sama beliau ketika SPRM memberkas beliau di Pulau Pinang Khamis lalu.

Selain menjumpai RM2 juta tunai, SPRM turut mempersoal pemilikan kereta mewah dan seunit kediaman mewah beliau di Telok Air Tawar.

Demi membantu suatu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, beberapa aset Hasbie yang lain; termasuk kereta pacuan empat roda, beberapa unit rumah mewah turut disita oleh SPRM.

SPRM juga membekukan semua akuan bank milikan peribadi Hasbie untuk membantu siasatan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasbie sebenarnya dinasihatkan meletakkan jawatan demi memelihara imej serta kepentingan politik Nor Mohamed sendiri kerana beliau merupakan antara menteri yang bertanggungjawab menguruskan perbendaharaan negara.

Menurut sumber dalaman dalam Umno negeri sendiri, Hasbie mula menjadi perhatian awam apabila beberapa blog yang dipercayai umum milik pemimpin bawahan Umno melaporkan kegiatan terancang Hasbie.

Hasbie yang digambarkan seolah-olah enggan berkongsi kekayaan dengan beberapa pihak yang mengetahui sindiket tersebut mengambil keputusan mendedahkan sindiket itu pada pengetahuan umum.

Suatu sumber lain pula memberitahu bahawa seorang pemandu peribadi kepada Hasbie sendiri membawa sindikit itu pada pengetahuan SPRM kerana bekas Setiausaha Politik bagi Nor Mohamed tersebut enggan berkongsi kesenangan dengan pemandu terbabit.

Namun, siasatan SPRM yang baru dijalankan sejak Jumaat lalu itu sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat kerana bekas Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop sendiri dilaporkan mengaku bahawa wang tunai yang dijumpai di Pangsapuri Sri Molek, Telok Air Tawar tersebut bukan miliknya. – Harakahdaily

Operasi Hari Kekasih, 52 Termasuk Pelajar IPTA Ditahan


Gelagat manusia mengamalkan hubungan intim bebas tanpa ikatan sah ditambah sempena Hari Valentine di ibu kota kerap mengundang rasa gelisah pelbagai pihak.

Dalam suatu serbuan melibatkan 50 anggota penguatkuasa Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar 8 buah hotel bajet di sini, menyaksikan 52 orang ditahan bersama alasan-alasan yang mencurigakan.

Antara mereka, seorang gadis bawah umur dalam lingkungan 16 tahun turut ditahan bersama abang angkat serta seorang lagi lelaki lain dalam bilik sama.

Alasan gadis itu, beliau lari dari rumah dan mendapatkan perlindungan daripada abang angkatnya kerana malu gambar bogelnya disebar oleh bekas teman lelakinya sebelum ini.

Turut ditahan dalam operasi serbuan itu, adalah seorang wanita berusia 24 tahun yang hanya memakai coli dan seluar dalam di salah sebuah bilik hotel.

Selain itu, antara yang mengaibkan adalah reaksi seorang lelaki berusia 30-an ketika gambar beliau bersama kekasihnya dirakam pihak media dalam satu operasi yang sama di tempat yang lain.

Lelaki itu ditahan bersama pasangannya kerana berdua-duaan di tempat sunyi di Tasik Titiwangsa dalam satu operasi cegah maksiat Jawi yang bermula pukul 10 malam.

Operasi selama lima jam itu telah menyebabkan kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Wilayah Persekutuan, Zainul Abidin Mat Nor berkata, operasi turut dijalankan di lapan buah hotel bajet di sekitar ibu negara.

Katanya, daripada jumlah itu, lapan individu ditahan mengikut Seksyen 27 kerana berkhalwat, manakala 44 lagi individu ditahan mengikut Seksyen 29 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

"Kesemua yang ditahan sudah bekerja dan masih belajar, berusia antara 16 dan 30 tahun. Sementara itu, di Wilayah Persekutuan Labuan, empat individu ditahan kerana minum arak dan dua pasangan remaja dicekup kerana berkhalwat," kata Zainul baru-baru ini ketika mengetengahkan hasil dapatan baru.

Operasi itu turut mengesan kehadiran pelbagai gelagat dan alasan yang diberikan oleh pasangan-pasangan terbabit ketika ditahan pihak penguat kuasa.

Kebanyakan mereka memberi alasan dalam perancangan berkahwin, terpaksa menginap di hotel selepas penat bersiar-siar dan tidak sempat membeli tiket bas pulang ke kampung halaman. Laporan : erapakatan Video : Edisi 7

Pesuruhjaya PAS hilang sejak Khamis selamat

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu, selamat dan telah pulang ke rumahnya di sini petang tadi.

Mohamad dikatakan pulang sendiri ke rumah beliau kira-kira 3 petang tadi.

Ia disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Saya dimaklumkan beliau sudah pulang ke rumah petang tadi dan beliau selamat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

“Beliau dikatakan pulang dari kawasan Temerloh, ya, tiada apa-apa masalah...” katanya ringkas.

Mohamad, 52, yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan tidak dapat dikesan sehingga pagi tadi.

Oleh itu laporan polis dibuat pagi ini.

Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.

Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi tadi oleh keluarga mereka.

Kursus Cepat Baca, Cepat Tulis anjuran PASTI Besut





Kursus di kendalikan pengasas Module Selam Osini,Cikgu Nik Roslan Nik Mat
Guru Pasti sedang mempraktikkan Kursus yang di ajar
Sebahagian Guru Pasti Besut/Setiu yang hadir
Demi pendidikan anak bangsa,anak kecil pun sanggup di bawa.Syabas Cik Kak

Pada hari ini,15/02/2010 Pasti Kawasan Besut telah menganjurkan satu Kursus yang di namakan " Kursus Kaedah Cepat Membaca Dan Menulis " kepada guru2 Pastinya.Selain guru dari Besut turut terlibat guru guru Pasti dari Setiu.Program yang berjaya menghimpunkan 60 orang guru Pasti Besut/Setiu ini di kendalikan pengasas Module Selam Osini,Cikgu Nik Roslan Nik Mat dari Rompin Pahang.
Beliau merupakan Pemenang Anugerah Guru Inovasi Kebangsaan 2002.Program yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira kira jam 5.00 ptg ini antara lain bertujuan memantapkan lagi proses mengajar para guru guru Pasti terutama dalam aspek pembacaan dan penulisan pelajar.

15 Feb 2010

Program Ziarah Pemuda Pas Besut

Sumbangan hamper di sampaikan Ketua Pemuda,Ust Zulkifli Kadir
Sumbangan beras di sampaikan Tim. Ketua Pemuda,Ust Kaspi Ismail
Sumbangan dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut sebagai tanda prihatin pihak kami


Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut telah melakukan Aktiviti Ziarah mangsa kemalangan motosikal dan kemalangan di tempat kerja membabitkan Kg Gong Bayor dan Kg Gong Bayor Dalam.Aktiviti yang di jalankan secara berkala dan mengikut keperluan ini di ketuai Ketua Pemuda sundiri Ust Zulkifli.Turut serta,Tim Ketua Pemuda Ust Kaspi,S/U Pemuda Syazani Razak,Bendahari Tuan Bakar,Ketua Pemuda Dun Kota Putera merangkap AJK Pemuda Besut Salizan Sulaiman dan AJK Pemuda Besut Aris Muhammad.Turut mengiringi kami Ketua Pemuda Cawangan terbabit.
Lawatan pertama kami membabitkan mangsa kemalangan langggar lari(rujuk gambar 1&2).Kami difahamkan mangsa di langgar ketika beliau menunggang motosikal pulang dari sekolah.Akibat kemalangan mangsa patah kaki kanan.Sementara dalam lawatan seterusnya kami menziarahi mangsa kemalangan di tempat kerja(rujuk gambar 3).Mangsa yang patah peha kanan ,terlibat kemalangan apabila di timpa kayu ketika cuba mengeluarkan bahan itu dari lori.

TG Hj. Hadi Wawancara Bersama Stesen TV Astro Awani

Tidak ada percanggahan diantara Presiden PAS, dengan Mursyidul Am, dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam.
Demikian kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu perbincangan antara PAS-Umno yang kini ‘timbul kembali’.

”Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz,”jelasnya dalam satu wawancara khas yang diadakan di kediamannya, di Rusila, semalam.

Menurutnya, apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri.

”Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita,

”setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu-talu,”ujarnya.

Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi oleh Negara adalah masalah politik yang belum selesai dan masalah ekonomi serta sosial yang semakin parah


Katanya, Umno sepatutnya mencari penyelesaiannya dan PAS bersedia mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam.

”Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan,”katanya.

Beliau berkata PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam, bukan sahaja melalui Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Katanya, PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan.

”Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia),

”dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama’-ulama’ dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka,”katanya

Nik Aziz kunjungi rumah pemimpin Tionghua

Sempena Tahun Baru Cina hari ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut mengunjungi beberapa orang pemimpin masyarakat Tionghua.

Bagi menzahirkan seorang pemimpin Islam yang memimpin pelbagai lapisan masyarakat dan lapisan kaum, pagi tadi beliau mengunjungi beberapa buah pemimpin masyarakat itu di negeri ini.

Kira-kira pukul 10.00 pagi, beliau meluangkan masa ke rumah pemilik Syarikat SBJ, Datuk Tan.

Kemudian beliau ke rumah Kenny Chia pula.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dan lain-lain pemimpin kerajaan.

Para tamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti sate dan roti jala.

Kenny mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru serta timbalannya yang sudi mengunjungi rumah beliau sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.

“Moga dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kedua orang pemimpin berkenaan akan menambahkan lagi keharmonian dalam negeri ini,” ujarnya

Karikatur Hina Nabi Muhammad : Umat Islam Oslo Bangun Membantah


Sebahagian besar penunjuk perasaan dalam kalangan umat Islam di Oslo Jumaat lalu berteriak marah gara-gara tindakan akhbar harian Dagbladet menyiarkan gambar karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang menggambarkan baginda sebagai haiwan ternakan khinzir.

Perarakan bantahan untuk menyelar tindakan biadap kumpulan pengamal media akhbar tersebut dilakukan selepas menunaikan solat Jumaat di Dataran Universiti, Oslo sebelum menyambung bantahan penerbitan karikatur baginda itu.

Agensi berita The Associated Press (AP) melaporkan kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan sekitar pusat bandar Oslo untuk membantah sikap akhbar Norway tersebut.

Penunjuk perasaan turut melaungkan kalimah 'Allahuakbar' selain mengibarkan sepanduk yang mendesak masyarakat awam supaya segera memulaukan akhbar harian Dagbladet tersebut.


Pada 3 Februari lalu, akhbar Dagbladet menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai khinzir.

Gambar tersebut turut disertakan dengan satu artikel yang mengatakan pengguna internet menyiarkan kenyataan menyakitkan hati tentang Islam dan Yahudi di halaman Facebook milik polis keselamatan Norway.

Lars Helle tidak pernah kesal!

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mendapat penjelasan lanjut berhubung hal itu, Ketua editor Dagbladet, Lars Helle berkata, bahawa beliau tidak menaruh perasaan kesal kerana mencetak gambar yang menyinggung perasaan itu, malah beliau mengalu-alukan tunjuk perasaan yang diadakan semalam.

"Ia adalah satu ujian untuk masyarakat Norway sama ada ia akan jadi satu bantahan aman atau sebaliknya," katanya lagi.

Persoalan yang timbul di sini, siapakah Lars Helle untuk memberi ujian ke atas masyarakat Norway berhubung hal tersebut? Adakah dia Tuhan yang layak menguji kesabaran umat manusia?

Helle menambah lagi, bahawa Dagbladet juga tidak menerima sebarang ancaman secara langsung sejak ia menerbitkan karikatur tersebut.

Menurut beliau, seorang penggodam dari Turki telah mengakibatkan laman web akhbar tersebut terganggu selama dua jam pada malam Rabu lalu, namun beliau sendiri tidak pasti adakah pencerobohan tersebut mempunyai kaitan yang rapat ke atas sikap akhbar itu menyiarkan gambar karikatur berkenaan.

Di suatu sudut yang lain, para penunjuk perasaan itu berkata, mereka mahu tunjukkan kepada media Norway bahawa umat Islam di sini amat tersinggung dengan penyebaran gambar seumpama itu.

Menurut mereka, Islam mengharamkan sebarang imej yang menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w walaupun gambar memaparkan sisi baik baginda kerana bimbang ia boleh membawa kepada pemujaan.Erapakatan

14 Feb 2010

Ahli Parlimen Australia Desak Kes Fitnah Anwar Digugurkan


Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad, semalam.
Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

Malah menurut surat itu, “ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.”

Laporan ABC Online menyebut, kebanyakan yang menandatangani surat itu adalah anggota Parti Buruh termasuk setiausaha parlimen Gary Gray dan Laurie Ferguson.

Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Anna Burke juga menandatangani surat itu.

Di pihak Parti Liberal yang menurunkan tandatangan ialah jurucakap alam sekitar Greg Hunt dan ketua pembangkang Malcolm Turnbull.

Perbicaraan kes liwat Anwar itu bermula 3 Feb lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, Mahkamah Rayuan menetapkan Rabu depan bagi memutuskan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan Anwar itu kerana memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuannya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis depan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat itu.

Pada prosiding selama dua jam hari ini, Karpal mengemukakan bahawa tuduhan meliwat itu harus dibatalkan berdasarkan laporan perubatan oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur Saiful.

Katanya bukti penetrasi merupakan elemen penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan namum tidak ada bukti kukuh.

“Laporan perubatan itu merupakan bukti. Eksibit dalam afidavit juga merupakan bukti. Ianya laporan penuh. Ia merupakan kesimpulan yang dibuat oleh tiga doktor bahawa tidada penetrasi. Mahkamah ini harus membenarkan rayuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berhujah permohonan Anwar itu tidak boleh dipertahankan kerana laporan perubatan tidak boleh dijadikan satu-satunya bahan untuk dijadikan pegangan.

“Laporan perubatan tidak lengkap sehingga doktor dan ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan. Laporan perubatan bukan keterangan substantif. Ia hanya sokongan kepada doktor untuk menjelaskan di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Wisma Putra akan menjelaskan fakta-fakta mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar kepada anggota Parlimen Australia.

Anifah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu akan dilakukan menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

“Kerajaan sedia maklum bahawa perbicaraan Anwar akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar negara, seperti perbicaraan lain yang melibatkan beliau sebelum ini.

“Oleh yang demikian, reaksi daripada sekumpulan anggota Parlimen Australia dalam perkara ini bukanlah satu perkara yang di luar dugaan.

“Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat,” katanya.

Baru-baru ini sekumpulan anggota Parlimen Australia dilaporkan menandatangani memorandum meminta tuduhan terhadap ketua Pembangkang itu ditarik balik. -malaysianinsider

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.