Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

11 Jul 2009

Remembering Natrah






Urusan harian dengan memburu syurga, pahala



Solat Sunat Dhuha yang dipimpin Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi dihadiri kira-kira 600 jemaah. Solat sunat yang didahului dengan tazkirah Dhuha itu diakhiri dengan solat sunat Dhuha, bacaan doa dan jamuan pagi bersama dengan Tok Guru di perkarangan masjid Sungai Peria.

Dalam tazkirah yang disampaikan Tok Guru itu, beliau mencadangkan agar penganjuran aktiviti ibadah seperti itu kerap diadakan.

Beliau berkata tempat tumpuan masyarakat seperti pasar-pasar juga tempat yang bersuaian untuk dibina masjid atau surau supaya orang-orang yang sibuk dengan urusan harian mereka juga tidak ketinggalan mengingatkan diri mereka dengan syurga dan pahala.

Beliau juga menambah bahawa Solat sunat Dhuha di antara solat sunat yang sering dilakukan oleh nabi s.a.w.

"Tidak kiralah samaada baginda di rumah ataupun di mana saja, sekurang-kurang rakaat Dhuha yang pernah dilakukan oleh nabi s.a.w adalah 2 rakaat dan sebanyak-banyak rakaat Dhuha nabi adalah 8 rakaat," ujar Menteri Besar Kelantan itu.

Mendefinasikan rezeki yang berkat itu adalah rezeki yang boleh membawa pahala ke akhirat, tok guru menasihatkan ianya bukan sekadar rezeki yang hanya memenuhi keperluan hidup di dunia, tetapi membawa pahala untuk akhirat nanti.

Mengakhiri tazkirah itu,Tok guru menyarankan rakyat Kelantan supaya selalu melakukan amalan solat sunat Dhuha dan bermohon kepada Allah agar sentiasa diberkati setiap rezeki yang diperolehi.

93% Kata Tahap Penerimaan Untuk Najib Tidak Meningkat



Sebanyak 93% responden Edisi 7 menyatakan langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak akan meningkatkan tahap penerimaan rakyat Malaysia terhadapnya. Hanya 7% sahaja yang menyatakan sebaliknya.

Najib menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat.

Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas.

Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya.

Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.

Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik. Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu.

Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.

Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik.

Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi.

"Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat. Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat. Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.”

“Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian. Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap,"

Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun.

Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.

Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa.

”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%. Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua.

Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat.

"Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna. Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas,"

“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol. Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya.

10 Jul 2009

Dialog Terbuka Bersama Pimpinan PAS Terengganu Di DUN Kota Putera

Tuan Guru Hj Harun Taib Sedang menjawab persoalan dari rakyat

YB Hj Wahid Endut sedang menyampaikan ucapannya

Besut, Kampung Raja 09HB Julai 2009 - Majlis Dialog Terbuka Bersama Pimpinan PAS Negeri Terengganu telah diadakan di Kampung Gelam Mas yang juga terletak didalam kawasan DUN Kota Putera. Majlis Dialog disertai oleh semua lapisan masyarakat di Besut terutamanya rakyat di kawasan DUN Kota Putera.

Antara yang pimpinan yang hadir bersama ialah YB Tuan Guru Dato’ Hj Harun Taib (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Ust. Dato’ Hj Abu Bakar Chik (Timb.PJ), YB Tuan Haji Abdul Wahid Endut (Timb.PJ), Ustaz Saiful Bahri Mamat (Timb.PJ), Hj. Yahaya Ali (Setiausaha), Hj. Muhyidin Abd Rashid (Bendahari), Ust. Hj Nik Zawawi Salleh (Ketua Penerangan), Ust. Mohd Nor Hamzah (Ketua Pemuda Negeri), Tuan Hj. Hassan Salleh (Timbalan YDP PAS Besut), Ust. Wan Syukri Isa (Ketua Penerangan Besut) , Ust. Hj. Abdul Aziz Dato’ Hj Abas (Pengerusi DUN Kota Putera) dan AJK PAS kawasan Besut.

Program dimulakan dengan ucapan daripada ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu iaitu Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik, YB Hj. Abd Wahid Endut dan Ustaz Saiful Bahri Mamat. Seterusnya sesi dialog terus dibuka kepada rakyat setempat.

Antara persoalan yang dilontarkan dari masyarakat setempat ialah tentang cawangan PAS yang kurang aktif, isu tanah rakyat yang dirampas oleh Kerajaan U-BN Terengganu setelah mengambil alih pemerintahan pada 2004, persoalan bagaimanakah kerusi DUN & Parlimen ditetapkan oleh Pakatan Rakyat (Parti mana yang bertanding), apakah rancangan PAS Terengganu sekiranya kembali memerintah dan beberapa persoalan lagi.

Terdapat juga cadangan yang dilontarkan oleh masyarakat setempat ialah seperti program Usrah, cara untuk memantapkan cawangan, melakukan perang siber & menyebarkan maklumat melalui teknologi maklumat & internet bagi melawan kejahatan UMno BN yang menggunakan media massa dengan tidak beretika dan isu calon yang akan bertanding di DUN Kota Putera pada pilihanraya umum akan datang.

Dengan ada program dialog seperti ini, rakyat dapat berhubung secara terus dengan pimpinan atasan sekali gus merapatkan ukhuwah antara pimpinan & rakyat. Ini adalah bukti ketelusan & keterbukaan pimpinan negeri yang berani berhadapan dengan rakyat untuk berdialog & mempersoalkan kepada pihak pimpinan sendiri. Inilah keistimewaan yang ada didalam PAS & perbezaan antara pimpinan UMno BN yang takut untuk membuat dialog terbuka seperti ini untuk berhadapan dengan rakyat apatah lagi untuk berdebat. - kotaputera.net

PRK N41 Manek Urai (32) : Pertemuan 4 mata antara Abe Uji & Tuan Aziz




Kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Laloh dekat sini semalam buat pertama kali menemukan kedua-dua calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas yang bertanding pada pilihan raya kecil negeri kawasan Manek Urai.

Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, tiba di tempat kejadian pada pukul 11.45 pagi diikuti calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah, 50, tidak lama kemudian.

Pemilik kedai, Noor Asiah Ismail, 37, yang tergamam dengan kebakaran itu kemudian ditenteramkan oleh petugas BN dari pos pilihan raya berhampiran kedainya.

Suaminya, Zawawi Rahman, 42, seorang penoreh getah dan anggota Rela Manek Urai, berkejar ke tempat kejadian selepas mengetahui kejadian itu.

Kenangan himp~BEST 09

Sinar Harian

BESUT – Lebih 300 ahli Pemuda Pas Kawasan Besut hadir menjayakan program Himpunan Pemuda Islam Besut 2009 (Himp-BEST 09) yang diadakan selama dua hari di Pantai Air Tawar.

Ketua Pemuda Pas Kawasan, Ustaz Zulkifli Kadir berkata, anggota sayap parti itu datang dari seluruh daerah mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) dan cawangan masing-masing yang berkampung dan tidur di tepi pantai itu sejak hari pertama lagi.

Menurutnya, program yang dirasmikan Ketua Pemuda Pas Negeri, Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu diisi dengan pelbagai aktiviti bersesuaian.

“Aktiviti pada hari pertama adalah kuliah Maghrib dan selepas solat Isyak berjemaah, diadakan makan malam dan BBQ sebelum peserta bangun menyempurnakan Qiamullail, diikuti kuliah Subuh.

“Sambutan golongan muda di daerah ini amat memberangsangkan dan mereka datang secara sukarela tanpa dijanjikan apa-apa demi menjayakan program perdana ini,” katanya.

Zulkifli berkata, pada hari kedua, aktiviti diceriakan dengan perlawanan bola sepak pantai membabitkan 22 pasukan mewakili Pas Cawangan, sepak raga bulatan dan tarik tali.

Me
nurutnya, dalam setiap permainan, peserta diwajibkan menutup aurat manakala bagi perlawanan bola sepak pantai, peserta perlu memakai seluar panjang dan kain pelikat di bahagian luar.

“Selain itu, pertandingan mewarna kanak-kanak Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Besut juga diadakan dan majlis penyampaian hadiah disempurnakan Yang Dipertua Pas Kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad,” katanya.

Sementara itu, perlawa-nan bola sepak dimenangi pasukan Air Tawar A, tempat kedua, Gong Badang dan ketiga Air Tawar B. Pasukan Kampung Pusu Tinggi pula menjadi juara acara sepak raga bulatan dan pasukan DUN Jertih muncul johan tarik tali

PRK N41 Manek Urai (31) : Malam Kebudayaan Islam Laloh



9 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (30) :Selamat Pagi Cikgu!!

1Malaysia - "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

DSC02653


Inilah cara yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal, bagaimana mendahulukan rakyat. Bagi menDAHULUKAN rakyat...., Pelajar darjah 1 & 2 Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru diberi cuti khas bagi memberi laluan kepada UMNO untuk menjalankan kempen bagi mencapai kemenangan dalam PRK nanti...

Surat yang ditandantangan Guru Besar SK MU Baru itu bertarikh 7 Julai itu, TERPAKSA menCUTIkan budak-budak darjah 1 & 2 pada persekolahan hari ini (9 Julai) kerana bilik darjah digunakan....
Inikah maksud RAKYAT DIDAHULUKAN.... atau diHULUkan

Cadangan tukar je slogan...
"WangMalaysia" - "Rakyat DiHULUkan, PEMBELITAN diutamakan"

PRK N41 Manek Urai (29) : Lim Guan Eng kecek kelate




PRK N41 Manek Urai (28) : 1Malaysia - "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

1Malaysia - "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Inilah cara yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal, bagaimana mendahulukan rakyat dan bagaimana menjimatkan perbelanjaan "demi rakyat"...

Ketika rakyat Malaysia bersesak-sesak disini...
Disini...
Dan disini...
Para pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal pula berada disini...
Buat apa pulak dekat sini..?


O... dah ada kenderaan yang menjimatkan...
Berapa bijik..? ala... 2 biji je...
Korang ingat berapa kos yang dapat dijimatkan untuk memunggah para pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal dari Kuala Krai ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa..?

Korang ingat sape yang tanggung semua kos sewa 2 biji heli ni? UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang hutangnya bertambun-tambun tak terbayar atau ditanggung oleh KERAjaan Pusat..?

Kalau semuanya ditanggung oleh KERAjaan Pusat, aku boleh cakap berlaku penyalahgunaan kuasa dalam hal ni... sebab apa aku kata macam tu..?

Pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal datang atas urusan rasmi KERAjaan Pusat atau Parti? kalau urusan rasmi KERAjaan Pusat... apa urusannya..? penamaan calon bukan urusan KERAjaan Pusatkan..?

Jadi korang pikir la sendiri... "1Malaysia" atau WangMalaysia..?

Tukar...
"WangMalaysia" - "Rakyat DiHULUkan, PEMBELITAN diutamakan"

Korang dok sini diam-diam, belajar jimatkan belanja korang...


Posted by Topeng Perak® Unmasked

PRK N41 Manek Urai (27) : Imej mesra dan santun Abe Uji memikat pengundi

Kempen dengan pendekatan yang mesra' - begitulah konsep yang dipilih calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Abe Uji.

Ketika mengikuti kempen beliau ke Sekolah Menengah Ugama Arab Falahiah Kesedar Sungai Sok Kuala Krai, beliau sempat menyampaikan ucapan dalam program Ceramah Motivasi Keibubapaan dan pelajar.

Selepas itu, beliau meneruskan perjalanan ke Program Pemutihan Armalah sebelum menziarahi seorang warga emas, Abdul Ghani Mat Arif, 85, yang sakit tua di Lepan Jenok, Sungai Perial.


Dalam lawatan tengah hari tadi, Abe Uji menggunakan peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.


Abe Uji juga mengambil kesempatan untuk meletakkan batu asas ketika turut sama bergotong royong membina wakaf di perkuburan Kampung Budi.

Kemesraan jelas terpancar ketika beliau bersama-sama beberapa orang ahli parlimen yang turun padang pada kempen pilihan raya kecil ini, termasuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Seusai program tersebut, beliau singgah melawat di pos-pos kawalan PAS di UPU Manjor serta kedai-kedai kopi yang berhampiran.

Abe Uji meluangkan masa menziarahi seorang pesakit barah, Ramlah Deris, 52, di Chuchoh Puteri yang tinggal bersama isteri dan dua anaknya.

Beliau melakukan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah bagi mendekati pengundi selain memperkenalkan dirinya kepada masyarakat sekitar kawasan tersebut.

Penduduk yang tinggal di kawasan tersebut menyambut baik dan menyapa beliau dengan mesra dan senyuman.


PRK N41 Manek Urai (26) : Abe Mat Komando Ketua Peti Undi Laloh



Sesuatu yang unik, berbakat dan tidak pernah dipamerkan oleh mana-mana pemimpin PAS peringkat bawahan. Itulah keistimewaan Abang Mat Komando atau nama sebenarnya Mat bin Tapa, Ketua Unit Peti Undi atau Daerah Mengundi Kampung Laloh, Manek Urai.

Sarapan Pagi Bersama Pimpinan PAS Negeri Terengganu di DUN Kota Putera

Kota Putera, Besut 09 Julai - Majlis “Sarapan Pagi Bersama Pimpinan PAS Negeri Terengganu” telah diadakan di Kedai Nasi Kerabu Sameon di Kampung Gong Kepas yang juga didalam kawasan DUN Kota Putera.

Pimpinan PAS Negeri Terengganu yang hadir ialah YB Tuan Guru Dato’ Hj. Harun Taib (Pesuruhjaya PAS T’ganu), Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik (Timb.Pesuruhjaya), YB Hj. Abdul Wahid Endut (Timb.PJ), Ustaz Saiful Bahri Mamat (Timb. PJ), Ustaz Dato’ Hj Hussin Awang (Ketua Dewan Ulama’ Negeri), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Pemuda Negeri), Ustaz Hj. Nik Zawawi Salleh (Ketua Penerangan Negeri), Hj Yahaya Ali (Setiausaha), Hj Muhyidin Abd Rashid (Bendahari) dan beberapa pimpinan peringkat negeri yang lain.

Turut hadir bersama didalam majlis ini ialah Tuan Haji Hassan Salleh (Timbalan YDP Besut), Ustaz Hj. Abd Aziz Dato’ Hj Abas (Pengerusi DUN Kota Putera), Saudara Salizan Sulaiman (Ketua Pemuda DUN Kota Putera) dan seluruh pimpinan semua peringkat didalam DUN Kota Putera serta masyarakat di DUN Kota Putera.

Dengan adanya program seperti ini, masyarakat setempat dapat mengenali dengan lebih mesra dan rapat lagi bersama pimpinan peringkat negeri dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat dilihat amat memberangsangkan.


Ustaz Aziz berbincang sesuatu bersama Hj.Wahid & Tuan Guru Harun Taib.

Kelihatan Ust Saiful Bahri & Ust Mohd Nor Hamzah (Ketua Pemuda Negeri)

Dari kiri: Ust. Saiful Bahri (Timbalan Pesuruhjaya), YB Tuan Guru Dato’ Harun Taib (Pesuruhjaya) & Hj. Yahaya Ali (Setiausaha Negeri)

Ust Nasa Jalani Pembedahan

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pagi ini menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor ekoran masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau dimasukan pagi tadi dan baru sekejap tadi pembedahan selesai. Beliau dijangka keluar petang ini.

Gambar Nasharudin dihospital Serdang.

PRK N41 Manek Urai (25) : Abe Uji dari Kacamata Seorang Isteri

“Abe Uji adalah seorang yang sangat penyayang.” Itulah kesimpulan paling tepat yang terpacul daripada mulut isteri calon PAS Manek Urai, Puan Haminah Mahmood.


Ketika ditemuramah oleh wakil Team IT Muslimat, beliau memberitahu, “ Abe Uji seorang yang peramah, penuh kasih-sayang dan cukup mesra dengan anak-anak. Malahan anak-anak lebih rapat dengan beliau berbanding dengan Kak Nah.”

“Setiap pagi Abe Uji akan melakukan perkara yang sama sebagai usahawan ikan di Kuala Krai. Awal-awal pagi lagi pemandu beliau akan ke Pengkalan Kubor untuk mengambil stok ikan. Apabila kembali, Abe Uji akan membahagikan ikan-ikan tersebut kepada pemborong-pemborong di pasar. Waktu petang pula, beliau akan ke pasar sekali lagi untuk mengutip wang.

calon bersama isteri dan anak-anak


Bagi anak-anak, sesungguhnya tiada yang pelik pada perlantikan ayahanda mereka sebagai calon PAS. Anak-anak sudah biasa dengan kesibukan ayahanda kerana beliau sememangnya seorang ahli parti yang patuh sebelum ini. Namun di celah-celah kesibukan, Abe Uji berjaya membahagikan masa sebaiknya dan tidak pernah mengabaikan kasih-sayang terhadap keluarga.

keluarga besar Saudara Fauzi Abdullah


”Kami sekeluarga memang gembira dengan pencalonan beliau. Bukan kerana gila kuasa tetapi kami gembira kerana rakyat telah memberi kepercayaan terhadap beliau.” Luah Kak Nah mengakhiri temubual dengan Team IT Muslimat kelmarin.

Surat Debat Tok Guru Kepada Najib

(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan

persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

8 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (24) : Pesan Tok Guru



NONEUmno terus menjadi sasaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramahnya di Manek Urai malam tadi, mursyidul am PAS itu membandingkan pula Umno dengan Ayah Pin dan pertubuhan yang diharamkan, al-Arqam.

"Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya.

"Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas perkataan "sesat" dalam surah al-Fatihah. Dalam surah tersebut, Allah berfirman, antaranya, memerintahkan manusia mengikut jalan yang lurus dan bukan jalan orang yang sesat.

Kes Tuduhan liwat Anwar Ditangguh Kerana Peguam Sakit



Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan permohonan mendapatkan dokumen berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga 15 Julai ini.

Sebutan kes untuk menentukan tarikh perbicaraan kes liwat juga akan diadakan pada hari yang sama.

Keputusan itu dibuat oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Penangguhan tersebut ekoran peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah kini ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.

2 Julai lalu, Mahkamah Rayuan menolak bantahan pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditetapkan hari ini walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan pengadu Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwanya.

PRK N41 Manek Urai (23) : Abe Uji

[PosterMU.jpg]
1. Mohd Fauzi Abdullah [ lebih mesra dengan Abe Uji ] adalah calon PAS di Manek Urai yang akan membawa tanggungjawab dan amanah besar sekaligus menggalas risalah perjuangan untuk terus mara membelah segala halangan dan rintangan .

2. Sebagai tokoh tumpuan seluruh negara sepanjang musim pilihanraya kecil N. 41 Manek Urai ini , Abe Uji menjadi medan sasar serangan psikologi yang dilancarkan oleh musuh yang mahu melihat kekalahannya kelak .

3. Taraf pengajian dan pekerjaannya menjadi topik utama yang digunakan sepenuhnya untuk merendah dan memperlekeh peribadi serta keupayaannya untuk membawa mandat rakyat di Manek Urai .


4. Tidaklah Abe Uji ini seorang graduan lepasan University luar negeri seperti Cambridge dan lainnya . Beliau juga bukanlah seorang pengarah syarikat yang memiliki segala kemudahan mewah dan elaun yang mencecah puluhan ribu ringgit .

5. Persoalannya , itukah yang menjadi nilaian masyarakat dan penduduk di Manek Urai ? Lebih jauh lagi , itukah syarat penting untuk layak menjadi wakil kepada rakyat di Dewan Undangan negeri kelak ?

6. Walau hanya memiliki pendidikan tahap biasa dan pekerjaan sendiri untuk menyara hidup dan keluarga , Abe Uji adalah tokoh yang dikenali ramai dalam DUN Manek Urai malah apa yang lebih penting ialah beliau juga merupakan individu yang sangat mesra dan mudah berkomunikasi dengan masyarakat awam . Justeru kehidupan dan pekerjaan beliau meletakkan beliau hidup dan interaktif di tengah - tengah masyarakat secara langsung .

7. Lebih bermakna apabila semua mengenali bahawa Abe Uji adalah seorang insan yang soleh . Kuat beragama dan bahasa mudahnya , beliau adalah kaki masjid yang istiqamah menunaikan solat berjamaah dan menghadhiri kelas - kelas pengajian yang dianjurkan di masjid dan surau .

8. Saya kira watak sedemikian lebih membawa Abe Uji dekat dengan masyarakat dan lebih memahami jiwa masyarakat tempatan di Manek Urai . Malah Abe Uji lebih mampu dan berupaya untuk merasai denyut nadi masyarakat Manek Urai . Bahkan lebih penting , Abe Uji pasti akan mampu memikul amanah berupa mandat rakyat sebagai pemimpin mereka dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab justeru beliau adalah insan yang soleh dan muttaqin .

9. Apalah gunanya belajar tinggi menjadi cerdik dan berkerjaya dengan nilai gaji bertaraf 4 atau 5 angka tetapi gagal merasai dan menghayati susah sukar kehidupan rakyat pula gagal menunaikan amanah kepimpinan dengan baik .

10. Lebih malang dan tersangat malang apabila segala kecerdikan dan kemewahan itu hanya menjadikan mereka lalai dan sering terjebak dalan kancah maksiat dan mungkar justeru tiada taqwa di dada . Mudah sahaja mereka terjebak dalam perangkap rasuah dan penyalahgunaan kuasa . Akhirnya rakyat juga merana dan menderita , menjadi batu tangga yang dipijak oleh golongan oputurnis ini mencari lebih kemewahan dan kedudukan yang tinggi .

Rakyat Manek Urai tahu , siapa yang patut di pilih .
Tentunya Abe Uji dari PAS.
UNDILAH PAS

PPSMI dikafankan.......

Di seluruh pelusuk negara, rakyat membantah pelaksanaan PPSMI kerana dikatakan meng'anaktiri'kan bahasa ibunda kita. Setelah hampir 7 tahun pelaksanaan nyer..... segala penentangan dan bantahan terhadap nyer..... kerajaan UBN hanya mengambil sikap, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.... dan terus mempertahan dasar ini.

PPSMI juga merupakan salah satu faktor yang dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk meraih sokongan rakyat supaya menolak UBN. Dan.... tercatat ler sejarah baru di negara kita, apabila UBN lingkup di 5 buah negeri dalam PRU12 dan kalah berturut-turut kali dalam setiap PRK yang diadakan...... Ternyata isu PPSMI menjadi salah satu senjata kepada Pakatan Rakyat untuk menewaskan UBN.

Tapi kali ini.... setelah sekian lama UBN mempertahankan tindakan mereka memperkenalkan PPSMI, apakah mereka akan mengalah dan melepaskan nyer??? Ya.... apakah mereka sudah bersedia untuk membuat U-turn dan memansuhkan PPSMI???

Najib mungkin sudah amat terdesak sekarang ini. Satu demi satu.... UBN tewas dalam PRK yang diadakan..... menyebabkan maruah dan kredibiliti serta imej nyer tercalar teruk!!! Maruah Najib dan UBN mesti dipulihkan, by hook or by crook. Lantaran itu, tidak mustahil..... mereka akan gunakan PPSMI sebagai senjata mereka pula untuk counter attack kita dalam PRK Manek Urai.

So.... jangan terkejut sekira nyer UBN membuat keputusan memansuhkan PPSMI sebagai satu strategi atau langkah drastik untuk meraih undi dan mencerahkan peluang untuk mereka menang di Manek Urai. Jangan menaruh harapan ler.....

Persoalan nyer.... apa kah ini akan berlaku???

Sekira nyer ini berlaku...... ucapkan syukur alhamdulillah...... tetapi apabila membuang undi nanti.... tetapkan hati dan pangkah lah bulan mengambang, agar.... kehidupan kita diterangi cahaya kesejahteraan. Allahuakbar!!!!

Jika tidak..... lawan terus lawan!!! Lawan tetap lawan!!!

~A Mum Of Three Mohd


Penyelewengan Khir Toyo, PKFZ Dilapor Ke SPRM


BANGLO milik Mohamad Khir (gambar kecil) di Seksyen 7, Shah Alam yang didakwa bernilai RM24 juta.

Setelah sekian lama berdiam diri disebalik pelbagai pertuduhan rasuah yang terpalit pada pemimpin-pemimpin politik Umno-BN, Gerakan Rakyat Integriti dan Ant-Korupsi (Gerak) mula bertindak.

Hari ini. Gerak memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung kontroversi rumah agam mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Pengerusinya, Mohd Nazree Yunus berkata Gerak menggesa SPRM menyiasat rumah agam yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam itu. Laporan berkenaan diserahkan kepada pengawai penyiasat SPRM jam 10.40 pagi tadi.

“Boleh lihat di laman web mengenai perkara ini termasuk akhbar yang mengeluarkan mengenai kontroversi rumah Khir Toyo dan kita minta pemerhatian daripada SPRM,”

Rumah Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam dibina di atas dua lot tanah berkeluasan 52,041 kaki persegi mencetuskan kontroversi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim, mendedahkan bahawa kos keseluruhan binaanya sebanyak RM24juta.

Kedua-dua lot tanah berkenaan yang berjumlah RM4juta mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun yang ermula sejak 20 Mac 1987 dan berakhir pada 19 Mac 2086 di daftarkan di bawah nama Mohamad Khir Toyo dan isterinya Zahrah Kechik.

Sue Lim dalam pendedahannya semalam enggan melaporkan isu ini kepada SPRM kerana beliau tidak yakin dengan keberkesanan dan peranan badan berkenaan, beliau sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai isu ini.

"Jadi kalau kita hendak membicarakan soal ketelusan soal integriti, kebertanggungjawaban, benda ini (isu rumah agam) Khir Toyo kena jawab kepada media dan kepada rakyat kenapa dia memiliki harta sebegini besar,"katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Gerak turut memfailkan laporan penyalahgunaan kuasa berhubung perlantikan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).

Mohd Nazree berkata Unit Penyelidikan Gerak mempunyai dokumen yang menunjukkan ada unsur penyelewengan dalam proses perlantikan itu.

“Kita telah serahkan berkaitan dengan kes PKFZ melibatkan antaranya dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam prosedur lantikan Pengerusi PKA.”

PKA bertanggungjawab menyerahkan 300 salinan laporan audit PriceWaterhouseCoopers keatas skandal PKFZ kepada Parlimen minggu lalu untuk diagihkan di Dewan Rakyat.

Laporan itu bagaimanapun dibekukan secaran tiba-tiba oleh Timbalan Speaker Ronald Kiandee, dan hanya dapat dibahaskan ketika Parlimen bersidang Disember hadapan.

Mohd Nazree Yunus berkata, laporan berkenaan merupakan perkongsian maklumat pihaknya bagi membantu SPRM menyiasat mengenai kedua-dua dakwaan berkenaan.

Mengulas mengenai sama ada laporan penyalahgunaan kuasa itu dibuat ke atas Menteri Pengangkutan Ong Tea Keat, Nazree berkata beliau menyerahkan kepada menteri bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkenaan.

“Itu kena tanya menteri yang bertanggungjawab. Saya tidak boleh sebut siapa yang terlibat kerana dinasihatkan oleh SPRM bagi memudahkan siasatan,” katanya.

7 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (22) : Tuan Guru Presiden ziarah penduduk Laloh

Tuan Guru Presiden PAS sempat menziarahi seorang penduduk Kg Laloh yang telah diserang stroke. Kg Laloh merupakan kawasan yang terletak di dalam DUN Manek Urai.

Hj Mokhtar Kadir berumur 60 tahun merupakan sepupu kepada Arwah Pak Su Wel, bekas Adun yang telah banyak berjasa kepada penduduk di DUN Manek Urai. Hj Mokhtar memberitahu kepada Tuan guru bahawa beliau telah lama mengidap penyakit tersebut.

Kelihatannya beliau tidak mampu berdiri sendiri melainkan dibantu oleh keluarga beliau.

Tuan guru yang sangat bersimpati, juga menasihati kepada Hj Mokhtar supaya banyak bersabar menghadapi dugaan yang sangat mencabar tersebut dan banyakkan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan olehNya.

Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah YB Dato' Hj Omar Mohamad yang merupakan ADUN Perupuk.

Sebelum itu Tuan Guru Hj Abd Hadi menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Laloh, bertajuk Isra' Mikraj.

Dalam kuliah tersebut, Tuan Guru menyeru kepada ahli jamaah masjid supaya berjuang menegakkan Islam dan menyokong risalah yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w tersebut.

6 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (21) : Gambar Sekitar Penamaan Calon



Para pemimpin PAKATAN RAKYAT bersama mengiringi ABE UJI, Calon PAS



Pimpinan tertinggi PAS bersama Calon PAS sebelum perarakan




Pemuda PAS bersemangat mengiringi calon PAS.....TAKBIR!!!




Pemuda PAS bersiap sedia untuk perarakan








Abe Uji diiringi Tok Guru kesayangan kita...


FRU bersiap sedia...



YB Ustaz Latif dan Abe Uji berucap selepas penamaan calon selesai.

TINGGInya Songkok...
Tapi ada jugak Penyokong UMNO sesak dalam ribuan Penyokong PAS...

Puluhan ribu penyokong yang hadir..

Ramainye....

Kelab Penyokong India pun hadir... siap bergendang India lagi..


Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim pun sempat beri kata-kata semangat

Abg Mat Sabu pun tak ketinggalan...

EXCO Pemuda PAS Pusat, Ust Ridhuan Mohd Noor

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad

"Saya sudah berTAUBAT... Penyokong UMNO bila lagi?"
Tanya Ketua Kelab Penyokong PAS Perak
Timbalan Ketua AMK Pusat, Cikgu Faris

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.