Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

20 Jun 2009

PRK N41 Manek Urai (09) : TGNA, DSAI & LGE di Manek...

Jadual Ceramah N.041

21 Jun 2009

Padang Majlis Daerah, Laloh

Tok Guru MB, DSAI, Lim Guan Eng, Ust Nassuruddin Daud



Naib Presiden Gerakan; digantung keahlian 3 tahun

HUAN CHENG GUAN...

Naib Presiden Huan Cheng Guan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya kekal dalam parti itu minggu lalu, telah digantung keahlian selama tiga tahun.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Huan mengesahkan beliau telah dijatuhkan hukuman itu malam tadi dan menerima faks dan emel makluman pagi ini.

"Saya rasa mereka (kepimpinan parti) ada agenda politik," kata Huan sambil mengakui perkembangan itu merupakan usaha yang sudah dijangkakan untuk "membunuh kerjaya politik" beliau.

"Saya tidak terperanjat... saya tidak terperanjat (dengan keputusan CWC)," katanya.

"Saya rasakan begitu (kerjaya politik dibunuh)... saya bukan ahli biasa, saya merupakan Naib Presiden yang dipilih," katanya.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memutuskan tindakan itu malam tadi.

Dalam pesanan SMS kepada media pagi tadi, Huan berkata, "kepada rakan-rakan media, pagi ini saya menerima emel daripada Setiausaha Agung (Gerakan) memaklumkan mesyuarat CWC malam tadi telah memutuskan agar keahlian saya digantung tiga tahun.

"Bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan sebelum ini."

Huan berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Setiausaha Agung Gerakan melalui emel pagi ini.

Pada 14 Jun lalu, Huan mengumumkan kekal dalam parti selepas menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu bulan lepas.

Huan yang juga Naib Ketua Gerakan Bahagian Batu Kawan berkata, keputusan untuk kekal dalam parti itu dibuat atas permintaan akar umbi.

Pada 1 Jun lepas pula Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata, parti itu memberi surat tunjuk sebab kepada Huan berikutan kenyataan beliau yang mengkritik kepimpinan parti itu.

Hujung bulan lalu, Huan melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan tertinggi Gerakan dan berkata, beliau akan meninggalkan parti itu.

Antara sebab utama Huan mengambil keputusan untuk keluar Gerakan adalah kerana tidak sehaluan dan sependapat dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan dan menyedari parti itu telah hilang hubungan dan sentuhan dengan peringkat akar umbi.

MERAYU

Ketika ditanya sama ada akan mengemukakan rayuan, Huan memberitahu, surat keputusan CWC yang diterima menyatakan bahawa beliau boleh mengemukakan rayuan dalam masa 14 hari.

"Saya nak relaks dulu dua, tiga hari... nanti saya akan membuat keputusan," katanya.

Sehubungan itu, Huan meminta ahli-ahlinya agar bertenang dan tidak mengambil apa-apa tindakan terburu-buru.

"Saya memang nak aktif dalam BN, tapi nampaknya mereka hendak paksa saya keluar BN.

"Saya memang 100 peratus menyokong BN. Kesemua 99 peratus tindakan saya adalah kerana kebaikan BN, mungkin satu peratus ada kesilapan kerana suara lantang.

"Mungkin satu peratus itu, saya cakap lantang... itu mungkin mereka tidak suka, tidak suka saya lantang bersuara, mereka tak suka saya,"

19 Jun 2009

Ir. Nizar mohon jawatan MB Perak digantung

ImageMenteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau.

Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.

Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak.

Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 21 Mei lalu.

Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.

Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh, kata Nizar lagi.

Ujar Nizar, kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha beliau dan panel peguamnya untuk membuat rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal.

PRK N41 Manek Urai (08) : Pelancaran Jentera Pemuda


MANEK URAI, 19 Jun (Pemuda Besut) -Jentera Pemuda PAS bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Pesuruhjaya Kelantan, Dato Paduka Husam Musa. Dengan kehadiran 500 pemuda PAS Dun Manek Urai di Air Terjun Lata Rek bermakna Jentera Pemuda PAS dengan rasminya akan menjalankan tugasbagi mempertahankan Dun Manek Urai.

Turut serta dalam pelancaran itu ialah Yb Ust Abd Latif (YDP PAS Kualai Krai/Ketua Pemda PAS Kelantan), YB Fatah (Pengarah Jentera PRK), YB Dr Hatta (MP Kuala Krai), Ust Nasrudin Tantawi (Ketua Pemuda Pusat), Ust Azman Shapawi (Timbalan Ketua Pemuda), YB Zaki (SU Perhubungan PAS Kelantan), Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kedah & Pulau Pinang . Turut serta Exco-exco DPP Pusat, DPP Terengganu, Selangor dan Perak.











Polis Demo depan Pejabat PAS

Perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis ekoran berita angin satu demonstrasi akan diadakan untuk membantah kerajaan perpaduan.

Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini, namun sehingga kini tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu.

Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu.

Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar. - siasahdaily

18 Jun 2009

PAS bincang isu TG Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan Isnin ini



Desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, dijangka dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini yang akan dipengerusikan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata beberapa pemimpin parti itu.

Menurut mereka, Abdul Hadi yang kini berada di London, dijadual pulang Sabtu ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau memang terkejut dengan kenyataan yang agak keras oleh Nik Aziz terhadap Nasharuddin.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menganggap ianya adalah satu permulaan perpecahan parti.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula berkata, mengikut tradisi parti, perkara sedemikian akan diputuskan pada mesyuarat parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Taib Azamuddin Md Taib pula berkata beliau yakin pemimpin peringkat tertinggi parti itu mampu menyelesaikan perkara tersebut.

Semalam, Nik Abdul Aziz secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Anggota Parlimen Bachok, jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin masalah itu mampu diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan Pas manakala pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau akan mendengar sendiri penjelasan berhubung perkara itu daripada Presiden PAS pada mesyuarat Isnin ini. BERNAMA

Konsep Kerajaan Perpaduan - Ustaz Harun Taib



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/sidangmediapjbaru.jpgKUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu semalam, katanya, beliau tidak mahu memberikan komen tetapi akan menerangkan konsep tersebut.

”Sepatutnya saya tidak komen kerana Presiden tidak ada, saya akan menerangkan, bukan pandangan,

”(ia adalah) apa konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan Presiden PAS,”jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dilantik.

Beliau berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”.

Katanya Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam.

”Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

”sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran,

”jika semua orang (pihak) setuju, DAP setuju, PKR setuju, UMNO Setuju, MIC setuju, MCA setuju dan parti Sabah Sarawak setuju,”katanya.

Beliau berkata sekiranya hanya PAS dan UMNO (sahaja) bergabung, ianya bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi ia adalah sebuah kerajaan gabungan (campuran).

”PAS dengan UMNO tidak timbul, bukan PAS dengan UMNO sahaja, kalau PAS dan UMNO sahaja tak perlu melontarkan secara terbuka (konsep kerajaan perpaduan), bisik-bisik dengan UMNO (sahaja boleh) tubuh kerajaan,

”tidak (akan) berlaku, tidak ada gagasan, tidak ada seorang pun orang (ahli) PAS nak (gabung PAS dengan UMNO),”tegasnya.

Menurutnya konsep kerajaan perpaduan akan dibincangkan disemua peringkat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Walaupun begitu, katanya, jika semua bersetuju sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan kecuali satu Muktamar Khas diadakan bagi mendapat persetujuan semua ahli-ahli PAS,

Justeru, menurutnya, perlaksanaan kerajaan perpaduan akan mengambil masa dan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat. BO

PRK N41 Manek Urai (07) : Mee segera...

MAFREL Kelantan telah menjalankan pemantauan awal di kawasan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manik Urai pada 16 Jun 2009 bertempat di 8 buah Unit Peti Undi (UPU) Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rex, Lakloh, Manjor, Manik Urai Luar, Manik Urai Dalam dan Sungai Perial. Hasil daripada pemantauan awal, jelas berlaku salah laku dan etika melanggar Pilihanraya. Berberapa gambar dibawah menunjukkan salah guna kuasa agensi kerajaan persekutuan bagi menjalankan projek sempena PRK Manik Urai, Kelantan.

GAMBAR

PENERANGAN

LOKASI/UPU

TARIKH

AGENSI TERLIBAT


Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Chuchoh Puteri, Kuala Krai, KELANTAN.

Chuchoh Puteri, DUN Manik Urai

4 Feb 2009 – 22 Jun 2010

Jabatan Kerja Raya (JKR)

Kota Wangsa Bina (M) Sdn Bhd

Projek ubahsuai dan naiktaraf rendah, menengah dan sokongan pendidikan secara requesition di Sekolah Kebangsaan Lakloh, Kuala Krai, KELANTAN.

Lakloh

DUN Manik Urai

14 April 2009 – 10 Jun 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Khidmat Penyayang Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ybhgia Dato’ Saripuddin Kasim

Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Kawasan Lakloh

Kawasan Manik Urai Lama

Kawasan Chuchoh Puteri B

DUN Manik Urai

17 Jun 2009

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai

Kerja-kerja menghampar crusher jalan kawasan pertanian (Jalan Pak Leh) serta kerja-kerja, berkaitan di Chuchoh Puteri B, Kuala Krai, Kelantan

Kawasan Chuchoh Puteri B, DUN Manik Urai

8 April hingga 8 Jun 2009

KESEDAR ( Pengarah Unit JKR Kesedar)

JMI Jaya Enterprise

Kerja-kerja membaikpulih jalan tar lama ke Bukit Sabah, serta kerja-kerja berkaitan di Sg Sok, Kuala Krai, Kelantan

Kawasan Sungai Sok, DUN Manik Urai

8 April hingga 8 Jun 2009

KESEDAR ( Pengarah Unit JKR Kesedar)

Saraan Bistari Trading

Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Kebangsaan Karangan, Kuala Krai, KELANTAN.

Kg. Karangan, Kuala Krai, KELANTAN.

4 Febuari 2009 hingga 22 Jun 2010

Jabatan Kerja Raya Kuala Krai

Jati Estetika Sdn Bhd

Membina dan menaik taraf longkang, jalan jambatan, dewan serbaguna dan lain-lain

Kg Baru Manik Urai

DUN Manik Urai

-

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kemajuan Perkampungan)


Membina dan menaik taraf longkang, jalan jambatan, dewan serbaguna dan lain-lain

Kg Baru Lakloh

DUN Manik Urai

-

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kemajuan Perkampungan)


KESIMPULAN

Istilah Projek ’Mee Segera’ adalah istilah yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sewaktu berkempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Ia adalah janji PM untuk tidak melaksanakan projek ’mee segera’ dalam mana-mana Pilihanraya yang disertai oleh Barisan Nasional.


Daripada pemantauan awal yang dilakukan oleh Pemerhati MAFREL, jelas berlaku projek ’mee segera’ di dalam Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Tempoh projek tersebut adalah bermula dari 4 April 2009 hingga 22 Jun 2010. Kepadatan aktiviti berdasarkan tarikh adalah amat padat sewaktu tempoh berberapa hari bermulanya tempoh Penamaan Calon iaitu 6 Julai 2009 hingga tempoh masa Hari Pengundian di PRK Manik Urai.


Berberapa agensi Kerajaan telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam projek ’mee segera’ ialah;-


* Jabatan Kerja Raya

* KESEDAR

* Jabatan Kebajikan Masyarakat

* Kementerian Pelajaran Malaysia

* Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Program dan aktiviti kempen awal banyak tertumpu berhampiran Pusat Pengundian. Sasaran program projek ’mee segera’ adalah banyak tertumpu kepada;-

* Pelajar sekolah rendah dan menengah – ibu bapa

* Penerima skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat – individu yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal.

* Penduduk di kawasan pendalaman


Maka daripada bukti bergambar di atas, dapat disimpulkan bahawa telah berlaku projek ’mee segera’ di kawasan Pilihanraya Manik Urai dan dijangkakan lebih banyak lagi projek-projek ’mee segera’ yang akan dilaksanakan semasa Tempoh Kempen bermula, iaitu selepas 6 Julai 2009.


Justeru itu, MAFREL mengesa agar pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengetatkan lagi pengusaan Peraturan Pilihanraya yang diluluskan oleh Kabinet Malaysia semaksimum yang boleh bagi memastikan wujudnya ’padang sama rata’ bagi setiap parti politik yang bertanding.


MAFREL Kelantan

www.mafrel-kelantan.blogspot.com

SIAPA ROSMAH MANSUR? ~ (siri 3)





17 Jun 2009

DSAI yakin PAS



Kerajaan perpaduan: Anwar yakin 'konflik' Nik Aziz-Hadi dapat diselesaikan

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz adalah pandangan peribadi.

Namun Anwar percaya pimpinan PAS akan berusaha untuk menyelesaikan isu.

"Itu pandangan beliau (Nik Aziz). Selalunya dalam sistem berpolitik sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat, kita mengambil kira pandangan.

"Teguran beliau tentulah akibat daripada perasaan beberapa rakan PAS akar umbi.

"Saya ingat, beliau ada konteks berbangkit sebelum ini tapi saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dapat meleraikan isu ini dengan bijak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nik Aziz hari ini meminta Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Semalam, Nasharudin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan Nik Aziz itu bukan bermakna wujud pergolakan dalam PAS.

Katanya, tidak wujud kekeliruan berhubung isu kerajaan perpaduan kerana PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu melalui ucapan Presiden parti pada muktamar baru-baru ini.

"Pertama, PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan kedua, kemungkinan perbincangan diadakan dengan syarat Umno menjamin pilihan raya yang bebas, menghentikan tindakan zalim dan memastikan badan kehakiman bebas.

"Jadi perkara ini tidak sangat membimbangkan dari segi tafsiran kami, tak tahulah dari segi tafsiran orang lain," katanya.

Anwar berkata, Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Isnin ini akan memberi penjelasan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan. mStar

Tiada Kerajaan Perpaduan Tanpa DAP dan PKR



mustafa ali pas pc 170609Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

"Najib bercakap tentang 'Unity Government' (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP.

“Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia, PAS pun tidak bersedia untuk berbincang dengan beliau," kata Datuk Mustafa Ali hari ini.

'Kerajaan perpaduan' perlu libatkan Pakatan Rakyat - Mustafa Ali

PEMUDABESUT bersama Ketua Pemuda PAS Pusat

Ketua Pemuda PAS Pusat, USt Nasrudin Tantawi telah membuat perjumpaan tertutup dengan AJK Pemuda DUN-DUN & AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut bagi memberi sedikit motivasi Perjuangan kepada PEMUDABESUT. Dengan kehadiran hampir 80 orang itu sedikit sebanyak akan memberi kesan ke atas gerak kerja untuk memperjuangkan menegakkan kalimah Allah di muka Bumi ini.

Di kesempatan ini PEMUDABESUT mengucapkan TAHNIAH kepada Ust Nasrudin Tantawi, anak kelahiran Besut itu walaupun sekarang sudah menjadi warga Darul Makmur kerana mengikut keluarga semasa kecil ke Felda di Pahang kerana terpilih menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru.




PRK N41 Manek Urai (06) : Peluang PAS Amat Cerah

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/manekuraiphoto.jpgPAS mempunyai peluang yang cerah untuk mengulangi kejayaan dalam pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Kelantan, sebagaiamana kejayaan yang dicapai dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata berdasarkan pencapaian masa lampau peluang PAS untuk mengekalkan kemenangan adalah lebih besar.

”Kita (PAS) yakin berdasarkan kepada ‘track rekod’ yang ada kita mempunyai harapan yang lebih besar untuk mencapai kejayaan itu,”katanya ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Bagaimana pun, dengan pengundi Melayu melebihi 99 peratus beliau tidak menolak pertembungan yang sengit akan berlaku di antara PAS dan Barisan Nasional (BN) kerana kedua-dua parti akan cuba menawan hati para pengundi Melayu.

Katanya, PAS Terengganu akan membantu PAS Kelantan yang lebih mengetahui strategi dan tektik untuk memenangi pilihanraya tersebut.

”Tektik dan strategi kita (PAS) untuk menawan hati pengundi di Manek Urai, hanya orang Kelantan sahaja yang tahu dan lebih arif daripada kita,

”Kita (Terengganu) membantu mereka (Kelantan), segala pendekatan dan cara hendak mengambil hati pengundi orang Manek Urai akan diatur (oleh) orang Kelantan,

”mereka akan beri taklimat kepada kita, kita (PAS Terengganu) tidak boleh buat strategi sendiri,”jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, PAS Terengganu akan turun ke Manek Urai secara rasmi bermula pada 19hb Jun.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu (JPNT), Ariffin Deraman berkata para petugas PAS Terengganu akan dihantar mengikut kawasan masing-masing dari tarikh tersebut sehingga hari mengundi pada 14 Julai depan.

”Kita (petugas PAS Terengganu) akan turun bermula 19hb Jun sehingga hari mengundi (14 Julai) mengikut kawasan, kita diarahkan bertugas di Peti Undi Laloh (Lakloh) bersama kawasan pembantu Gua Musang,”katanya ketika dihubungi Buletin Online semalam.

Beliau yang telah pun membuat tinjauan pada 14 Jun, Ahad lalu, berkata ribuan petugas dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya dari PAS akan berada di Kelantan terutama pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Ketika ditanya bagaimana sambutan jentera Peti Undi Laloh beliau berkata, “kami di terima baik oleh jentera Unit Peti Undi dan jentera operasi serta kawasa pembantu,”.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut adalah Pengarah JPNT Hj Yahaya Ali, Pengerusi MTD Chujai, Hj Hanafiah Mat dan Bendahari Kawasan Kemaman Haji Johan

Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuatkuasa 23 Mei lalu ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Allahyarham yang mewakili Pas mula memenangi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985 dan pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

16 Jun 2009

Sof Kepimpinan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009/2011

pas youth old identity card found umno 160609 02Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Kabinet baru PAS Terengganu




Pesuruhjaya - Dato' Hj Harun Taib.
Timb.I - Dato' Hj Abu Bakar Chik
Timb.II - Hj Mohd Abdul Wahid Endut.

Ketua Ulama' - Dato' Haji Hussin Awang.
Ketua Pemuda - Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Muslimat - Hajah Safinah Jusoh
Ketua Penerangan - Ustaz Hj Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah JPN - Ustaz Ariffin Deraman.

Setiusaha - Haji Yahaya Ali.
Psu I - Ustaz Kamaruddin Mat Yunus.
Psu II - Haji Hanafiah Mat.
Bendahari - Haji Muhyiddin Abdul Rashid

AJK
Haji Mohd Harun bin Jusoh.
Haji Abdul Haris Malik
Ustaz Haji Azman Shapawi abdul Rani.
YM Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad.
Hj Hussin bin Ismail.
Hjh Zaroni Otman.
Utazah Hjh Fatimah Zainab Ibrahim.

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini telah membentuk kabinet barunya bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya baru, Dato' Harun Taib telah melantik Dato' Abu Bakar Chik, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Saiful Bahri Mamat sebagai Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya. Dato' Abu Bakar Chik adalah Timbalan Pesuruhjaya sesi lalu, manakala Haji Mohd Abdul Wahid dan Ustaz Saiful adalah muka baru yang dilantik ke jawatan itu.

Haji Yahaya Ali kekal sebagai Setiausaha. Sementara Ketua Penerangan sesi lalu, Haji Muhyidin Abdul Rashid dilantik sebagai Bendahari menggantikan tempat Haji Mohd Abdul Wahid. Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ustaz Ariffin Deraman pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan tempat Haji Yahaya pada sesi lalu.

Turut dilantik ialah tiga orang Penolong Setiausaha yang terdiri daripada Ustaz Kamarudin Yunus, Haji Hanafiah Ramli dan Perantau.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa tambahan yang dilantik ialah Ustaz Mohd Harun Jusoh, Haji Abdul Haris Abd Malik, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Haji Hussin Ismail, Hajah Zarani Othman dan To' Puan Hajah Fatimah Ibrahim.

Anggota-anggota lain adalah terdiri daripada Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri serta Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan.

15 Jun 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang angkat Sumpah

Ir Nizar diarah keluar Dewan Rakyat

Dato'Ngeh Kor Ham dan YB.Nga Kor Ming bangun dengan memakai lilitan kepala BubarDun dan akhirnya diarahkan keluar Dewan.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari Dewan Rakyat tidak sampai lima minit mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen kerana ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan 'Bubar DUN Perak'.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.


BERITA SEBELUM

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengangkat sumpah secara rasmi sebagai anggota Dewan Rakyat pada persidangan yang bermula hari ini setelah memenangi kerusi tersebut 7 April lalu.

Upacara angkat sumpah jawatan beliau dihadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menjadi agenda pertama sesi sidang Parlimen yang bermula pukul 10.00 pagi.

Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani surat acara jawatan lalu DS.Nizar melaungkan 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' sehingga Dewan kecoh selama hampir setengah jam.

Selepas itu DS.Nizar memakai lilitan kepala di songkoknya bertulis Bubar Dun diikuti oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

TERKINI: 10.00am, DS Nizar Angkat Sumpah

DS.Nizar sedang menandatangani surat acara jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang

Kuala Lumpur; Ds.Nizar telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang Sebentar tadi

14 Jun 2009

Lee Kuan Yew temui Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu

_SKF7759

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew (kiri) yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau yang juga Mursyidul Am PAS di pejabatnya hari ini. Lee, 85, yang juga Bapa Singapura Moden melakukan kunjungan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lepas.

Tok Guru memanggil Lee Kuan Yew dengan panggilan Cik Lee dan Cik Lee membahasakan Tok Guru dengan panggilan Nik. Cik Lee memberitahu Nik, bahawa ini adalah kali pertama melawat ke Kelantan.


_SKF7874

Rombongan Menteri Mentor Singapura bersama Menteri Pendidikan & Menteri Kewangan Singapura itu mengadakan perbincangan tertutup selama 75 minit di Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim.

_SKF8048

Selepas makan tengahari, Exco Kelantan, Husam Musa and Cik Lee mengadakan perbincangan di salah sebuah Hotel di Kota Bharu. Malam ini Cik Lee akan ke Kuantan bagi jadual lawatan seterusnya

Foto ini dari Kickdefella

.

London: Dialog Bersama Presiden PAS




Dialog Bersama Presiden PAS Date: 13 June 2009 Time: 2pm - 6pm Venue: Corus Hotel, Hyde Park, Lancaster Gate, London, W2 3LG

Dr. Fathi Yakan kembali ke Rahmatullah

Semalam, dunia Islam kehilangan sebutir mutiara gemerlapan yang sekian lama mencurah bakti kepada umat.

fathi yakan 1Dr. Fathi Yakan, aktivis pergerakan Islam tersohor telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Beliau merupakan pengarang buku “Mengapa Saya Berintima’ dengan Islam?” yang menjadi rujukan pengenalan kepada aktivis pergerakan Islam seluruh dunia.

Almarhum Dr. Fathi juga merupakan di antara ulama’ dan sarjana besar dunia Islam. Penulisan dan kuliahnya menzahirkan ketegasan.

AL~FATIHAH


Dr Fathi Yakan pernah menulis tentang 7 faktor utama yang menyebabkan keruntuhan Gerakan Islam.

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan.

Ini menjadi titik kekuatan bahkan juga titik kelemahan yang fatal buat IMAN.Gah dari segi kuantiti.Sudah pasti jika meninggalkan aspek kualiti,IMAN tiada nilai.Melangkah longlai. Bahkan boleh menjadi senjata sulit untuk menikam balik gerakan Islam itu sendiri.

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun di tahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan dakwah setempat berdasarkan situasi.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.