Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Dis 2008

Datuk Shah Rukh Khan ala Tan Sri P Ramlee - Malaysiakini

Gambar dari agendadaily

MStar | MELAKA: Penampilan julung kali pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, lengkap berpakaian baju Melayu hitam, bersongkok dan bersongket yang diikat dengan gaya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, membuatkan kira-kira 1,000 tetamu terpukau melihatnya pada sesi khas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada pelakon popular itu.

Penampilan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, lengkap berpakaian baju Melayu hitam, bersongkok dan bersongket pada sesi khas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh , Melaka.
-foto BERNAMA

Sampin P Ramlee? Wakakakak RM3,000 ... .wow Wakakakakak .. !!!
Hidup melayu !!! ... .wakakakakkak

MB Perak Master Teakwon-do - Malaysiakini

IPOH : YAB. Menteri Besar Perak dengan rasminya bergelar "Master" apabila Persatuan Teakwon-do Antarabangsa Negeri Perak menganugerahkan Tali Pinggang Hitam Kehormat. Majlis tersebut diadakan di Ruang Mesyuarat Pejabat Menteri Besar Perak disini.

Semasa menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar menyatakan penghargaan dengan anugerah tersebut dan sekaligus pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Exco Kebudayaan Belia dan Sukan Kerajaan Perak, Seah Leong Peng dan Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim, serta wakil persatuan tersebut.Perakini


Menerima Sijil Anugerah Master.

Tanah runtuh lagi di KL ~ Malaysiakini


Kuala Lumpur: Tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. Laporan awal menyatakan 10 buah banglo tertimbus.

RTM melaporkan dua mayat dikeluarkan - dewasa dan kanak-kanak. Enam sekeluarga dikatakan masih tertimbus.

Warta Pagi RTM1 jam 7 pagi menyiarkan siaran pertama kejadian itu.

Dalam laporan itu disiarkan visual banglo mewah tertimbus dan pasukan penyelamat termasuk menggunakan helikopter sudah berusaha mencari mangsa. Lima yang dikeluarkan ditempatkan di surau berdekatan dan mereka yang cedera pula dihantar ke hospital.

5 Dis 2008

Bakal Calon PRK P36 Kuala Terengganu ~ Malaysiakini

CALON-CALON PAS DALAM PERTIMBANGAN

Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS)
Sumber : Harakahdaily

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
( Adun Batu Buruk)

Sumber : DPPKT.wordpress & Siasah

Hj Zainuddin Abu Bakar
(Usahawan yang amat komited dengan perjuangan)
Sumber : Salam Perjuangan

Ust Ariffin Deraman
(Tim Ketua DPPNT, SU JPN, Pengarah Jab.Piliharaya Pemuda Pusat, Double Ijazah Lulusan USM & Al Azhar)

Sumber : Salam Perjuangan & Dppkt.wordpress

Ust Wan Shukairi Abdullah
( Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu &
Bendahari PAS Kawasan Kuala Terengganu)

Sumber : Salam Perjuangan & Dppkt.wordpress


CALON BN / UMNO hampir pasti buatSenator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
(Timbalan Menteri & Ketua UMNO Bhg Kuala Trg)
Sumber : Sinar Harian

TAPI ada yang berminat...

Datuk Zubir Embong
(Ketua Penerangan UMNO Trg)
Sumber : Siasah




CALON BEBAS PULA
TOK Maimun Yusuf, 89 tahun
Sumber : Malaysiakini & Mstar.Online


Encik Hazlan Ismail, 25 Tahun
(Seorang Usahawan mengusahakan 4 buah gelanggang futsal & mempunyai beberapa buah bas persiaran, 2 unit Kedai runcit dan jual beli kad prepaid. Ada kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes Brabus, BMW 7 siri, dan yang terbaru, Ferrari.)
Sumber : tranungdaily.blogspot.com


Calon AKIM
Sumber : Malaysiakini




Wan Farid, Tok Mum layak tapi Hanafi tak layak ~ Malaysiakini

Sinar Harian melapor Wan Ahmad Farid layak

KUALA TERENGGANU - Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilihat sebagai calon berkelayakan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Pandangan itu dikemukakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, Senator Nordiana Shafie kepada Sinar Harian yang menyifatkan Wan Ahmad Farid sebagai tokoh politik berwibawa dan amat popular dalam kalangan masyarakat Kuala Terengganu.

Menurut Nordiana, selain itu pengalaman menjadi ketua UMNO bahagian selama dua penggal dan Timbalan Menteri Dalam Negeri juga adalah antara faktor mengapa beliau layak untuk dicalonkan.Lagi>>>>

Mstar.Online pula melaporkan Tok Mun layak tanding pilihan raya kecil

PUTRAJAYA: Calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-12 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, (gambar) masih layak bertanding pilihan raya kecil kawasan itu pada 17 Januari ini.

Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Maimun atau lebih Tok Mun boleh bertanding lagi kali ini kerana beliau telah menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada SPR.

"Semua calon yang dulu layak bertanding selagi tidak menyalahi undang-undang dari segi menyerah penyata perbelanjaan pilihan raya.

"Beliau serah penyata. Kalau serah penyata, tiada masalahlah," katanya selepas sidang media berhubung pilihan raya kecil Kuala Terengganu di sini, hari ini. LAGI>>>>

TAPI.... Bekas Presiden AKIM tak layak..... Sebab dah kena gantung keahlian.....

KOTA BHARU – Calon bebas yang juga Presiden AKIM bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, digantung keahliannya kerana didakwa membuat kenyataan yang menyentuh dasar parti itu.

:Setiausaha Agungnya, Kapten (B) Mohd Rosli Ghazali berkata, keputusan itu dibuat mesyuarat 28 November lalu untuk tempoh enam bulan.LAGI>>>>>





Presiden AKIM digantung ahli ~ Malaysiakini

Hanafi digantung ahli AKIM

KOTA BHARU – Calon bebas yang juga Presiden AKIM bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, digantung keahliannya kerana didakwa membuat kenyataan yang menyentuh dasar parti itu.

:Setiausaha Agungnya, Kapten (B) Mohd Rosli Ghazali berkata, keputusan itu dibuat mesyuarat 28 November lalu untuk tempoh enam bulan.

“Penggantungan ini diputuskan lembaga tindakan tatatertib/disiplin mengikut Perlembagaan parti fasal 96 di bawah (1) ceraian (e) dan (f),” katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Mohd Rosli berkata, mengikut peraturan parti semua ahli AKIM di semua peringkat (tidak ada hak yang dikecualikan) hendaklah masing-masing menjaga rahsia dan nama baik serta kesinambungan parti.

“Tidak boleh melakukan sebarang perbuatan dan tindakan salah laku bertentangan dengan kepentingan parti dan yang merugikan parti.

:“Adalah dengan ini saya diarah memaklumkan kepada semua, Hanafi Hamat telah digantung keahlian parti AKIM berkuat kuasa 28 November yang lalu,” katanya.

Hanafi dalam kenyataannya juga turut mendakwa Abdullah Sani melanggar peraturan parti apabila mengisytiharkan diri sebagai Presiden sedangkan beliau Presiden parti yang memegang jawatan itu selama dua penggal berturut-turut sejak 2006 sehingga 2010.

“Adalah dinasihatkan semua pihak berhubung terus dengan pejabat agung untuk segala urusan yang berkaitan dengan hal ehwal parti,” katanya.

Pada pilihan raya Permatang Pauh, Hanafi kalah dengan majoriti undi lebih 16,000 undi. Seorang lagi calon yang bertanding ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Muktamar Agung AKIM 7 September lalu melantik Hanafi sebagai penasihat, apabila beliau tidak hadir pada muktamar itu dan perwakilan sebulat suara melantik Abdullah Sani Musa sebagai Presiden yang baru.

PEMUDA BESUT @ Sumbangan kepada mangsa banjir (ii)


Gambar sekitar sumbangan kepada mangsa banjir sekitar DUN Jertih. Sumbangan siri ke-2 ini berbentuk barangan dapur itu dibahagikan sendiri oleh Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Jerteh; Haji Hassan Salleh pada semalam (4 Disember 2008) di UPU Simpang Tiga. Terdahulu Yang DiPertua PAS Kawasan Besut; Dato' Ust. Hj Husain Awang telah mengedarkan sumbangan kepada mangsa banjir di Padang Landak pada Selasa lepas. Unit yang terlibat ialah Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Besut, MTD Jertih & Unit AMAL Kawasan.



Kuala Terengganu : Pengundian 17 Jan. & Penamaan Calon 6 Jan.


Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu jatuhnya pada 6 Januari dan pengundian pula 17 Januari, memberikan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
.
Jumlah pengundi kali ini 80,229 orang, sedikit berbeza berbanding 80,325 orang dalam pilihanraya umum Mac lalu.
.
Dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

[Hari penamaan calon jatuh pada Selasa manakala hari warga Kuala Terengganu membuang undi pula jatuh pada hari Sabtu. Mungkin kerana phobia penamaan calon di Permatang Pauh beberapa bulan yang lalu maka hari penamaan calon P36 Kuala Terengganu tidak lagi diletakkan pada hari Sabtu sepertimana PRK P44. Dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Barisan Nasional umpama kalah sebelum undian bermula.]

Lim Guan Eng ; Al-Quran sumber perundangan utama ~ Malaysiakini

GEORGETOWN, 5 Dis (Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

ImageTurut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.

Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau.

PRK P 36 KUALA TERENGGANU PERTARUNGAN 5 PENJURU? ~ Malaysiakini

Kuala Terengganu- Berita Sinar Harian hari ini melaporkan ada seorang lagi calon bebas yang menyatakan minta untuk bertanding bagi Pilihanraya Kecil P 36 Parlimen Kuala Terengganu iaitu Encik Hazlan Ismail, seorang Usahawan muda yang baru berusia 25 tahun.

Setakat pengetahuan penulis, Hazlan ni dikenali di kalangan orang muda kerana beliau mengusahakan 4 buah gelanggang futsal di Kampung Gong Tok Nasek. Bukan setakat itu sahaja, bahkan beliau juga memiliki beberapa buah bas persiaran, 2 unit Kedai runcit dan jual beli kad prepaid. Beliau juga mempunyai kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes Brabus, BMW 7 siri, dan yang terbaru, Ferrari. Ini sangat membanggakan kerana dalam usia yang begitu muda, beliau mampu mengumpulkan harta sebegitu banyak dan harta ini bukannya diwarisi bari ibubapanya kerana difahamkan ibubapanya meninggal sejak kecil. Yang lebih menarik, beliau pernah menerima anugerah Usahawan Muda peringkat Kebangsaan pada tahun lepas kalau penulis tidak silap.

Ada juga sumber mengatakan bahawa Mat Kerak (Sabri Alwi) lah orang yang bertanggungjawab memujuk Hazlan bertanding. Ada juga yang mengatakan bahawa Hazlan sendiri telah mengumumkan dirinya akan bertanding untuk Umno kepada kawan-kawannya. Kalau benarlah begitu, mana mahu letak Dato’ Wan Farid? Mat Kerak pula tidak tahukah bahawa Hazlan itu cenderung kepada Pas? Ataupun mungkin juga ini perangkap untuk memecahkan undi atas alasan Hazlan baik dengan orang-orang Pas di peringkat akar umbi? Tetapi terang lagi bersuluh dalam SinarHarian bahawa beliau akan bertanding tiket bebas.

4 lagi calon yang bakal bertanding sudah dimaklumi umum iaitu Calon dari Pas, Umno, Akim dan seorang lagi calon bebas yang pernah bertanding PRU 12 lalu iaitu Makcik Maimun. Ini menjadikan kemungkinan pertembungan 5 penjuru!!! Kalau betullah jadi, maka ia akan jadi pilihanraya kecil rekod dalam sejarah. Makcik Maimun ketika ditemuramah menyatakan minat untuk masuk bertanding sekiranya ada orang sponsor. Ini satu petunjuk bahawa memang benarlah beliau ditaja sewaktu PRU12 yang lalu.

Akim pula yang muncul di PRK Permatang Pauh, menyatakan hasrat untuk bertanding lagi, walaupun hilang wang pertaruhan di Permatang Pauh. Kata wakil parti itu, mereka yakin akan dapat sokongan rakyat Kuala Terengganu, termasuklah ahli jamaah Tabligh. Penulis pun tak tahu pulak bila masa Maulana Tabligh buat fatwa boleh mengundi ni..Yang pasti, calon Akim pun ditaja Umno. Kalau sesiapa yang sempat memerhati poster dan bendera parti bertanding di Permatang Pauh baru-baru ini, pasti perasan bahawa poster dan bendera BN tak jauh dari poster dan bendera Akim. Ini seolah-olah menunjukkan orang yang sama memasang poster terbabit.

Bagi Pas pula, Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu membuat kenyataan kepada Malaysiakini bahawa partinya akan mencalonkan ‘Rumi Tempatan’. Siapa dia Rumi Tempatan ni? Rumi merujuk kepada golongan bukan Ustaz atau ulama’. Manakala Tempatan pula bermakna Pas Terengganu ingin memilih calon tempatan, bukan calon luar seperti Mat Sabu sebagaimana PRU12 lalu. Tapi persoalannya, Mat Sabu beria-ia benar untuk bertanding di Kuala Terengganu. Nik Aziz menyatakan pendapatnya untuk memilih Mat Sabu sebagai calon terbaik. Tetapi Menteri Besar Kelantan itu menegaskan ia hanay pendapat peribadinya sahaja. Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat pas pusat. Akhbar Sinar Harian dan Utusan Melayu hari ini dengan jelas tajuknya ” Mohamad Sabu calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu.” Tak habis-habis kerjanya nak melagakan ahli-ahli Pas.

Apa-apa pun, masa masih panjang, hari ini SPR akan bermesyuarat dan tarikh akan diumumkan menjelang malam ini mungkin. Sama-samalah kita tunggu dan lihat……… ~ tranungdaily.blogspot.com


4 Dis 2008

Kuala Terengganu: PAS pertimbangkan dua nama ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) - PAS akan mempertimbangkan dua nama calon untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu kelak.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, pihak parti biasanya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding.

"PAS peringkat pusat kebiasaannya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, kebolehan calon untuk menang dalam pilihan raya kecil itu adalah kriteria utama PAS.

Ketika ditanya sama ada PAS akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat berhubung calon pilihan raya tersebut,Kamaruddin berkata, perkara itu tidak timbul kerana Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa Kuala Terengganu adalah milik PAS.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, PAS telah bersetuju melantik Timbalan Presidennya, Nasaruddin Mat Isa sebagai ketua jentera pilihan raya kecil kuala Terengganu sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong dilantik menjadi pengarah pilihan raya di peringkat negeri.

"Pelantikan itu adalah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut yang mana tarikh-tarikh yang berkaitan dengan pilihan raya itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok," katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya, Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands minggu lalu.

Sementara itu, pihak SPR dijangkakan akan bermesyuarat esok untuk menentukan tarikh pilihan raya bagi kawasan itu

Nenek nak tanding lagi dalam PRK P36 ~ Malaysiakini

Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup.

"Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu," katanya, yang memanggil dirinya 'Tok', kepada Malaysiakini.

"Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).

Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata:

"Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok.

"Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja."

Nenek 85 tahun itu, dipercayai calon tertua dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Maimun, yang hanya berbasikal, tinggal di Kampung Mengadang Akar - kira-kira 3 kilometer dari pusat pencalonan di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Maimun yang bertanding sebagai calon bebas hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi.

Razali mendapat 32,562 manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu memperolehi 31,934 undi.

Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.

"Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah.

"Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok," katanya.

Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.

Bagaimanapun, katanya, tiga bidang tanah miliknya di Marang yang dibelinya dulu telah diambil semula oleh penjualnya kerana beliau tidak menukar nama dalam geran asal.

Beliau berkata, jika beliau gagal menyertai pilihanraya kecil ini, beliau berharap akan ada calon bebas yang lain bertanding di situ.

"Tetapi kalau boleh, Tok nak mereka (calon bebas berkenaan) guna lambang bulan bintang sebab Tok suka dengan lambang itu.

"Jika mereka nak Tok tolong, Tok pun nak tolong juga," katanya lagi.
maimunbintiyusuf.blogspot.com


Mohamad Sabu sedia tanding lagi ~ Malaysiakini

PETALING JAYA: Bekas calon PAS, Mohamad Sabu menyatakan kesediaannya untuk bertanding buat kali kedua pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas tewas di kerusi Parlimen yang sama dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

"Saya sentiasa bersedia kalau dipilih oleh parti untuk bertanding, tapi keputusan untuk tentukan itu (calon), terletak pada parti," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Walaubagaimanapun Beliau berkata hingga kini PAS masih belum menentukan calon yang akan bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya berkenaan.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu kosong ekoran kematian mengejut penyandangnya sebelum ini yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Allahyarham mengalahkan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Mohamad Sabu berkata beliau gembira kerana Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

"Yang penting ialah calon PAS, walau siapa pun yang menjadi calon nanti, kita akan beri sokongan padu untuk pastikan kemenangan," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menjelaskan buat masa ini pengurusan parti menunggu signal yang akan diberikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul hadi Awang untuk tindakan lanjut.

"Kita tunggu Presiden balik menunaikan haji dulu, lepas itu baru kita tau apa tindakan lanjut yang diambil," katanya.

Ditanya sejauhmana keyakinan PAS untuk menang dalam pilihanraya berkenaan, beliau berkata PAS bersama anggota Pakatan Rakyat yang lain akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan dalam pilihanraya berkenaan. ~ Mstar Online

Artikel berkaiatan P36

Malaysiakini ~ Wan Farid hampir pasti jadi calon BN

Jaranganakmelayu ~ Yang Gatal Mulut & yang sebenar (1)

Yang gatal mulut :

"Pengundi Kuala Terengganu ini lain sedikit, mereka hendak orang yang ada jawatan dalam bahagian," (Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh)

Yang sebenar :

Sejarah pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu :

PRU 1990 – Zubir Embong (UMNO/BN) vs Manan Othman (S46).
Zubir kalah (jawatan semasa : Ketua Pemuda UMNO bahagian).

PRU 1999 – Abu Bakar Daud (UMNO/BN) vs Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS). Abu Bakar Daud kalah (jawatan semasa : Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu).

PRU 2004 – Razali Ismail (UMNO/BN) vs Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS). Razali Ismail menang (tidak ada apa-apa jawatan dalam UMNO Bahagian waima dalam UMNO cawangan sekali pun ditambah bukan ahli UMNO dalam Bahagian Kuala Terengganu pun).

PRU 2008 – Razali Ismail (UMNO/BN) vs Mohamad Sabu (PAS) vs Maimun Yusof (Bebas). Razali Ismail menang. (AJK Bahagian yang dilantik dan mencipta sejarah sebagai Wakil Rakyat @ Yang Berhormat @ Ahli Parlimen pertama di Malaysia yang tidak dipilih @ kalah dalam pemilihan perwakilan Bahagian ke persidangan Agung UMNO Pusat).

JAM : Wan Farid … jangan takut dengan bayang-bayang.

3 Dis 2008

Mat Sabu Calon PAS Parlimen Kuala Terengganu? ~ Malaysiakini

KOTA BHARU, 3 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang.


Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang.

"Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti.

"Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,"ujarnya.

Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing,

"Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau juga berkeyakinan Mohamad akan bergelar 'yang berhormat' selepas itu kerana akan mendapat kemenangan dalam pilihan raya kecil itu walaupun tewas baru-baru ini berdasarkan perkembangan semasa.

Lagipun katanya, tiada sebab orang Melayu dan Islam itu sendiri tidak memilih perjuangan PAS.

Sambungnya, bagaimanapun keputusan calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti belum lagi diputuskan memandangkan mesyuarat berhubung dengannya belum diadakan.

"Itu (cadang pilih Mohamad Sabu), hanya pandangan peribadi saya saja, keputusannya hanya akan ditentukan dalam mesyuarat PAS Pusat nanti,"ujarnya lagi

PEMUDA BESUT @ Sumbangan kepada mangsa banjir

Gambar sekitar sumbangan kepada mangsa banjir sekitar DUN Jertih. Sumbangan berbentuk barangan dapur itu dibahagikan sendiri oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Besut; Dato' Ust. Hj Husain Awang. Unit yang terlibat ialah Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Besut, MTD Jertih & Unit AMAL Kawasan.


Masjid Hadhari yang terletak di pinggir Sungai Jerteh kelihatan seolah-olah terapung-apung apabila banjir menenggelamkan hampir 60 peratus kawasan sekelilingnya akibat limpahan air Sungai Jerteh.

Antara barangan yang akan diberi kepada mangsa banjir

Barangan yang siap dibungkus

Sebahagian bungkusan yang telah siap sedia untuk diagihkan kepada mangsa banjir

Pok Aki & Jihadi sedang sibuk mengangkat barangan

Asri sedang memberi penerangan kepada YDP

Maaf Ustaz tak pakai baju, baju abis basah.....

Terima kasih Ustaz...

Antara mangsa banjir di Padang Landak

Alhamdullilah.... Banjir dah beransur surut...

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.